Friday, May 8, 2009

Anger management

Setiap orang dari kita mesti pernah merasa marah. Marah ada categorynya jugak. Ada yang marah dalam hati aje kemudian dilupakan saja seperti angin lalu, ada yang marah dengan perkataan ( membebellah tu) dan ada yang naik kaki tangan melepaskan marahnya. Yang marah satu, yang kena marah pulak sebaik-baik perkara yang perlu kita lakukan ialah mendiam dan membatukan diri. Not a word. Kerana satu patah perkataan sahaja akan memburukkan keadaan. Keep quiet dan shut up! Telan saja dan ingat Allah.

Cuba tenang dan bersabar. Bila tenang kita boleh berfikir dengan baik. You can think straight. Cuba fikir semula apa sebab kita marah sangat. Kadang-kadang puncanya kecil sangat tapi kita turuti hati kita melayan perasaan amarah kita tu. Itu yang jadi fikiran kusut masai dan kalut dan tidak sedar apa yang terpacul keluar dari mulut dan tak sedar tangan kaki dihayun. Bahaya sangat!

When you feel angry and upset, the best thing to do is to stay still. If you are standing at that time, try sitting. If it's still there, try lying. Kemudian berzikir dan beristigfarlah banyak-banyak. Amarah itu bermula dari satu punca sahaja...bisikan syaitan.

Ingatlah bahawa apabila kita berfikiran yang bukan-bukan, itu adalah pekerjaan syaitan. Kalau kita ikut, bertepuk tanganlah dia. Sedari peristiwa keengganannya bersujud kepada Nabi Adam dengan sombong mengatakan bahawa dia lebih mulia dari Adam kerana ciptaanya dari api sedangkan Adam dari tanah! Itu adalah merupakan sifat kesombongan yang pertama ujud. Sebelum keluar dari Syurga, syaitan bersumpah akan menyesatkan anak, cucu cicit Adam dari arah DEPAN, BELAKANG, KIRI dan KANAN.

Kemudian syaitan keluar dari Syurga. Malangnya syaitan lupa menyebut dua arah lagi iaitu ATAS (perbuatan berdoa kita) dan dari BAWAH (sujud kita). Oleh itu bersujudlah kita semua kepada Allah dan berdoalah sebanyak mungkin bila kita dalam keadaan marah. Banyakkan membaca Al Quran.(Kalau tak fasih pergi belajar semula...macam aku) Banyakkan Solat Sunat Taubat dan menangislah pada Allah semasa berdoa. Bangkitlah tengah malam Bertahajjud. Mengadulah pada Allah..Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Insyaallah akan tenang hati kita. This is the BEST anger management that I can think of. Try it and you tell me.

Ingatlah, syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Dia memang pandai menggoda dan bermain dengan kata-kata. Bertaqwalah pada Allah dan Insyaallah kita tidak akan sesat selamanya. Aminnnnn.....

1 comment:

  1. syaitan SANGAT suka org grumpy kan?...bad syaitan

    ReplyDelete