Tuesday, March 17, 2009

Satu Lapan Tiga



Suamiku IMY bergambar bersama arwah ayahnya di Ulu Bernam.
Ketika ini beliau baru berusia 28 tahun.



Satu Lapan Tiga
Esok 18 Mac 2009
Esok genaplah usiamu 56 tahun
Kini kau warga emas
Usah gentar
Usah risau
Emas itu mahal harganya
Tinggi nilainya
Emas tidak menangis kerana suatu peristiwa
Bila ditanya ....Mengapa?
Emas berkata .....Mengapa harus aku?
Sedangkan mereka melanggar PerintahMu!
Langsung emas dinaikkan darjatnya.
Lihatlah sayangku...
Usia hanyalah angka
Kian tahun kian menambah
Begitulah jua nilai emas di dunia
Semoga kau dilanjutkan usia
Berbahagia di samping keluarga
Semoga kau dikurniakan kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki
Selamat Harijadi wahai suami tercinta....