Sunday, March 29, 2009

Body Mechanic!

Semasa aku menulis post ini, aku berada di Lobi Hotel Promenade di Kota Kinabalu. Dah masuk malam kedua di sini. Petang esok akan kembali semula ke Shah Alam. It's a nice place to visit actually. Sempat juga aku ke Pulau Manukan di Taman Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari 3 buah pulau-pulau indah dengan kecantikannys sendiri iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Laut yang tenang, air yang jernih serta kebersihan pulau ini yang membuatkan terasa kelainannya dari puau-pulau yang pernah aku pergi di Semenanjung.
Tujuan asal ke KK ialah untuk menemankan atau mengawankan lelaki manjaku berurut. Bukanlah di Semenanjung dah tak ada tukang urut tapi yang this particular person is special. Cara mengurutnya sangat ringkas. Tak guna minyak atau jampi serapah. Dia akan terus tengok mata kita. Melalui mata langsung dia tahu akan penyakit kita. Dia belajar dari Sinseh Cina. Tepat apa yang dikatakannya tentang penyakit atau masalah dalam tubuh kita.Dengan menggunakan baby lotion campur air, bersarung tangan getah, dia terus dituju ke point yang hendak dibaiki . Mulalah aku melihat wajah lelaki manjaku yang tadi tenang bertukar jadi senget-benget dan seskali sekala mengetap bibirnya menahan kesakitan. Kesian tapi setakat itu sajalah yang mampu aku buat...tengok! Hahahaha. Lepas diperbaiki point, langsung terasa kekurangan rasa kesakitan di bahu dan tulang belikat suamiku. Namun begitu , masih terasa sikit lagi kesakitannya, maklumlah dah 9 bulan sakit tu ditanggungnya. Semalam petang urutan pertama dan petang tadi sekali lagi. Aku rasa panggilan tukang urut tidak sesuai untuknya tapi tukang baiki frame body manusia adalah lebih cocok..."Body Mechanic!" Sekiranya aku dapati suamiku serasi dengan cara mekanik ni punya kerja, akan kusebarkan pada semua sahabat-sahabat di Shah Alam untuk mencubanya pula. Tapi, from what I saw, memang ada improvement dah!! Harapan cerah nampaknya. Mekanik ini tidak mengenakan apa-apa bayaran yang speifi. Cuma sendiri mau ingatlah sebab dia belajar untuk mendapatkan ilmu tu kena belanja beribu ringgit jugak habisnya. Pandai-pandailah kita memberinya. Yang penting kena ikhlas!! Semoga lelaki manjaku sihat sepenuhnya..Insyaallah.