Wednesday, April 22, 2009

Sedih hati...

Orang kata bila kiri dicubit, kanan juga akan terasa sakitnya. Begitulah lumrah hidup kita. Aku punya ramai sahabat. Bila lama tak bertemu kami saling rindu merindui. Bila berjumpa, kami kan bertanyakan khabar dn mula bercerita tentang perkembangan diri masing-mmasing dan tentang ahli keluarga kami. Tak lupa juga tentang aktiviti kami. Kami mengambil pendekatan, berceritaa tentang diri kami sendiri...gossips is out of the question. Tak ada masa nak berceita pasal orang lain yang tiada kena mengena dengan kami. Maybe just passing remarks ada laaa....Nama pun perempuankan!!
Dalam hal ini aku ingin berkongsi tentang musibah yang sedang dihadapi oleh seorang teman rapatku. Semalam semasa dalam Facebook, temanku menulis bertapa risaunya tentang anaknya yang sedang sakit. Tak perlu ku katakan sakit apa tetapi cukuplah aku katakan ia merisaukan kami semua kerana ini bukanlah kali pertamanya. Kami semua berdoa agar anaknya selamat menjalani microoperationnya dan sembuh dengan kadar segera. dan doa kami semoga seluruh keluarganya sabar, tenang dan jangan berputus asa. Kini berserahlah kepada Allah kerana usaha telah pun dilakukan. Berdoa dan terus berdoa.......