Thursday, April 23, 2009

Salam takziah dariku....

Tepat jam 1 pagi tadi, adik iparku dari Rawang menelefon Handphone aku. As usual, at that time of day when somebody called you, it means emergency.....Aku takut hendak menjawabnya. Tiba-tiba dalam fikiran banyak perkara buruk yang kubayangkan. Lantas suamiku yang menjawabnya. True enough. Bapa mertuanya baru sahaja meninggal dunia. Inalillahi wa Inalillahi Ro Ji uunn.....
Aku sangat mengenali arwah. Berperwatakan ceria,peramah dan sangat baik. Mengucap panjang aku. Bila kali akhir aku bertemu arwah ialah semasa menziarahi keluarganya semasa kematian isterinya. Arwah Pak Haji Junid adalah seorang bapa dan suami yang sangat menyayangi keluarganya. Semasa hidupnya, arwahlah yang menjaga arwah isterinya yang sakit selama bertahun lamanya. kini tiba masa arwah Pak Haji Junid diundang Allah. Aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama mereka yang terpilih. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya. Insyaallah.
Bagi birasku Jamilah dan iparku Anuar, aku berdoa semoga kalian sekeluarga tenang dan bersabar menghadapi saat yang menyedihkan ini. I know how you felt because I lost both my parents and till today I still miss them. Banyakkanlah beramal dan berbuat baik seperti bersedekah dan berdoalah agar setiap pekerjaan baik kita itu pahalanya di salurkan kepada arwah kedua ibu bapa kita. Kepadamu sekeluarga, salam takziah dari ku seisi keluarga.
For those of you who still have parents, give them love and tender care. Spend quality time with them because we do not know when they'll be called. They gave birth to you, love you, protect you, nurse you , educate you and make you happy by giving the best that they could think of. Bersyukurlah jika kamu masih ada ibu dan bapa lagi....