Monday, May 11, 2009

Two funeral and a wedding

Semalam 10 Mei kita semua menyambut Hari Ibu. Beramai-ramai dan berlumba-lumbalah kita khasnya anak-anak mengadakan pelbagai acara dan membeli hadiah untuk diberi kepada ibu-ibu bagi memperingati jasa mereka. Alhamdulillah. Tetapi, sebenarnya hari-hari kita mesti mengingati ibu kita samada yang masih ada atau yang sudah kembali ke Rahmatullah. Banyakkanlah berbuat baik selagi kita hidup dan pergilah ke tempat-tempat yang baik kerana sepanjang kita berbuat demikian, ibu-ibu kita juga mendapat ganjaran pahala. Insyaallah.

Dalam keriangan, aku dikejutkan oleh satu SMS dari seorang jiran di kampung ibui mertuaku di J19 Ulu Bernam. Dia menyampaikan berita sedih tentang kematian seorang jiran yang kebetulan adalah jiran terdekat keluarga mertuaku. Arwah Abang Mat adalah seorang polis pencen dan berkahwin dengan ank jiran kami. Mereka tidak dikurniakan anak tetapi arwah sudah mempunyai anak hasil dari perkahwinan yang lalu. Dua tahun lepas, arwah kena serangan Angin Ahmar(Stroke) yang menyebabkan beliau sebahagian badannya lumpuh. Pelbagai usaha dilakukan oleh isterinya namun kesihatannya bertambah buruk. Keadaan kesihatan isterinya terganggu pula akibat dari keadaan lasaknya menguruskan pergerakan arwah dan telah menyebabkan tulang belakangnya bengkok. Arwah dibawa pulang oleh anak anaknya ke Melaka sedangkan isterinya di jaga oleh kakaknya di Puchong. Selang beberapa hari, iaitu pada sehari sebelum Mother's Day , arwah menghembuskan nafas terakhir dan jenazahnya di semadikan di Ulu Bernam. Aku kagum melihat isterinya yang begitu tenang dalam keredhoan kehilangan suami tercinta walaupun dia sendiri sedang dalam kesakitan. Hebat sungguh wanita ini. Semoga roh Abang Mat ditempatkan di dalam kumpulan orang-orang yang di rahmati ALlah.

Keesokan paginya, sempat aku dan suami bergegas menghadiri pengkebumiannya. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selepas itu kami terus memandu ke Pekan Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah suamiku. Ibu mertua dan ipar duaiku telahpun bertolak sehari sebelum. Kalau ikutkan hati, cuaca yang panas, badan yang letih, memanglah malas nak pergi tapi merapatkan Silaturrahim itu besar pahalanya. Kuatkan semangat dan terus memandu. Bermula dari jam 2pm dah tiba di destinasi tepat jam 5.30pm. Menjelang tu, majlis pun dah selesai. Tetamu dah pulang, makanan dan habis dan pengantin pun dah bersalin pakaian santai! Tapi yang pentingnya kami selamat sampai dan tujuan utama ialah berjumpa keluarga sepupu suamiku dan mereka sangat gembira walaupun biji mata masing-masing dah tinggal 5 watt. Hahahahha.

Mission acomplished! Tepat jam 7pm kami tinggalkan bandar Pekan untuk pulang ke Shah Alam. Tepat jam 11pm, kami selamat sampai rumah. Letih tapi happy inside. Seronok bila kita dapat membahagiakan orang. Tak percaya, cubalah!

Petang tadi tepat jam 2pm, aku dikejutkan dengan berita satu lagi kematian jiran mertuaku. Kali ni jiran yang dihadapan rumahnya pulak. Aku terus menelefon adik iparku Anuar di Rawang supaya menyampaikan berita sedih ini pada ibunya. She must be very down because they have been in the same neighbourhood since day 1. Aku dan suami bercadang pulang awal pagi esok kerana kami menyangkakan jenazah akan disemadikan esok. Sangkaan kami meleset kerana arwah sekamat disemadikan petang tadi juga dan selesai jam 6pm tadi. Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosanya dan himpunkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang terpilih.

Begitulah dunia kita sebenarnya. Hari hari ada saja peristiwa yang berlaku samada yang gembira mahupun sedih. Ada yang meninggal , ada yang melahirkan dan ada juga yang berkahwin. Oleh itu apabila kita sedang gembira, ingatlah bahawa di saat yang sama, ada orang lain yang sedang bersedih. Aku sekadar mengingatkan diriku sendiri. Semoga Allah memberi petunjuk kepadaku dalam mengharungi sisa hidup yang berbaki ini. Insyaallah