Tuesday, May 19, 2009

Ketahuilah ,pelajarilah dan insaflah....Petra!

SemalFirst sight of al Khazneham Ustaz bercerita tentang kisah Nabi Salleh a.s. Kaumnya dipanggil kaum Thamud. Allah mengurniakan mereka kecantikan rupa paras, tubuh badan yang tegap dan sihat,tanah yang subur serta kebijaksanaan yang hebat. Kaum Thamud mewarisi kekayaan dari kaum Ad yang dibinasakan oleh Allah kerana keengkaran mereka mengikut ajaran Nabi Hud a.s.

Kerana kekayaan mereka, kaum Thamud telah menjadi kaum yang sangat sombong dan percaya bahawa semua hasil kekayaan mereka adalah kerana penyembahan mereka kepada berhala. Hal in amat menyedihkan Nabi Salleh a.s yang selalu menitiskan airmata mengenangkan kaumnya yang engkar. Namun, Nabi Salleh a.s tidak berputus asa, malah terus cuba memujuk dan meneruskan dakwahnya.

Hebatnya kaum Thamud ialah mereka membuat satu projek besar iaitu membuat kawasan perumahan dua musim di dalam gunung batu. Urusan pertama mereka ialah membina lebuhraya dalam gunung itu!Bukan hanya rumah, mereka membina stadium dan pintu gerbang yang sehingga kini masih ujud. Cuba bayangkan. manusia zaman itu, apakah jenis peralatan yang mereka gunakan? Think!!

Tanaman di kebun mereka hidup subur dengan mendapat bekalan air dari dua batang sungai . Oleh kerana kejahilan mereka, Nabi Salleh dicabar untuik menunjukkan bukti kenabiannya. Allah memberi mukjizat Nabi Salleh a.s dengan mengeluarkan seekor unta putih melepak dari sebuah batu yang besar. Kemudian unta itu bertempik dan lahirlah seekor anak unta. Hairanlah kaum Thamud dibuatnya. Nabi Salleh a.s berpesan dua perkara iaitu, kedua-dua unta itu tidak boleh diapa-apakan dan penggunaan air sungai digilirkan antara manusia dan unta. Semua bersetuju. Ini adalah kerana, dengan senafas sahaja, unta-unta itu dapat menyedut dan mengeringkan kedua-dua batang sungai tersebut dan esoknya mata air mengeluarkan air dan mengalirlah air sungai semula.

Oleh kerana badan mereka yang besar, unta-unta tersbut memerlAl Khaznehukan makanan yang banyak. Selagi tak kenyang, mereka akan terus makan. Makanan mereka ialah sayur-sayuran dan buah-buahan di ladang-ladang kaum Thamud. Mereka menjadi marah tetapi mereka lupa yang Allah sudah menggantikan kehilangan mereka dengan satu nikmat atau hasil baru iaitu, susu unta yang banyak diperolehi menyebabkan kaum Thamud menjadi pengeluar keju dunia pada masa itu dan kualitinya adalah yang terbaik!! Sesungguhnya mereka kaum yang kufur nikmat!

Maka berpakatlah mereka membunuh unta-unta tersebut. 9 orang berjaya membunuh ibu unta dan anaknya lari lalu ghaib dari pandangan mereka. Nabi Salleha.s mengingtkan kaumnya supaya bersedia menerima hukuman dari Allah dalam masa 3 hari. Sepatutnya 3 hari ini digunakan untuk bertaubat tetapi kerana kejahilan, kesombongan dan keangkuhan mereka, kaum Thamud telah melapah bangkai ibu unta dan memasak dan memakan dagingnya. Mereka berpesta selama 3 hari berturut-turut. Nabi Salleh a.s membawa beberapa orang umatnya yang setia keluar meninggalkan yang lain ke tempat yang selamat pada hari yang ke 2.
Stairway to the High Places
Pesta berlanjutan dan tidurlah mereka pada malam hari ke 3. Pada hari ke 4, wajah mereka yang engkar menjadi kuning. Kemudian bertukar merah pada hari ke 5. Pada hari ke 6 wajah dan badan mereka menjadi hitam. Allah menurunkan angin ribut yang sangat kuat dan menerbangkan harta benda mereka. Ribut dan hujan turun dan lintang pukanglah kaum Thamud cuba lari menyelamatkan diiri mereka. Kemudian, Malaikat bertempik dengan kuat seperti bunyi guruh halilintar yang menyebabkan paru-paru mereka pecah dan terpancutlah darah keluar dari semua rongga termasuklah mulut, mata, hidung, telinga, kemaluan, dubur dan liang-liang bulu roma. Mereka jatuh bergelimpangan dalam keadaan mengelitik, terkapai-kapai seperti nyawa-nyawa ikan dengan darah berhamburan di sana sini. Cubalah bayangkan keadaan itu..sungguh mengerikan!Ed Deir is the largest temple

Demikianlah nasib kaum Thamud yang ingkar pada suruhan Allah. Sehingga kini hasil kerjatangan kaum Thamud ini masih ujud di Petra Jordan. Allah sengaja meninggalkan bekas-bekas tamaddun sebagai peringatan kepada kita semua.

Sama-samalah kita mengambil pelajaran dari cerita ini. Ingatlah akan balasan Allah jika kita mengingkari perintahNya dan tidak bertaqwa kepadaNya. Cuba kita kaitkan dengan pelbagai dugaan penyakit yang pelik-pelik diturunkan kepada seluruh dunia sekarang ini..menakutkan, membimbangkan. Mungkin ia akibat dari kealpaan manusia...........lu fikirlah sendiri!!!