Friday, May 29, 2009

Prosper thy neighbours.......


Kawasan Rumah Sesebuah dan Berkembar RSSB Seksyen 7.
It is the address.

Sebenarnya, tempat tinggal kita merupakan syurga dunia kita. When we decide to buy a house, we want it to be a home where we can live happily with our family and a place to raise our children. All we need is a good environment, close to shops and schools and a wonderful neighbourhood. Jika sekiranya kita dapat jiran tetangga yang baik, bekerjasama, peka dan bahagia , itu adalah merupakan satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Cuba bayangkan kalau jiran kita itu orang yang menyusahkan, yang suka membawa dan menyampaikan berita macam siaran radio atau perompak dan sebagainya!! Mintak jauhlah semua itu.

Kaum ibu sibuk membasuh ayam untuk rendang.

As for me, my neighbours are a bunch of very nice and caring people. Boleh dikatakan kejirananku terdiri dari orang-orang elit. Kebanyakan dari kami pernah memegang , malah ada yang masih menyandang jawatan-jawatan penting dalam organisasi penting samada dalam sektor swasta atau pun kerajaan. Beruntunglah kami kerana dapat menumpang glamour dan kemasyhuran mereka. Bukannya apa, jika mereka keluar dalam kaca televisyen, dengan meriah kita sebut yang kita berjiran dengan sipolan . Hahahahaha....Sebab itulah bekas Perdana Menteri kita , Tun Mahathir selalu mengatakan..."Prosper thy neighbours". Sekiranya jiran kita makmur, tempiasnya pasti dapat kita rasakan bersama.


Ada yang mengisi beras pulut lemang dan ada yang menjadi penonton dan penglipur lara.

Apa pun , boleh dikatakan kami semua berasal dari anak-kampung yang pernah melalui hidup yang susah. Dulu semasa kecil, ada yang dilahirkan dari keluarga penoreh getah, peladang , pekebun kecil, petani, nelayan dan ada yang lebih bernasib baik datang dari keluarga kakitangan kerajaan seperti pendidik, kerani , posmen dan sebagainya.Walaupun pendapatan ada, tetapi gaji yang dibawa pulang tidak setinggi sekarang. Bandingkan sahaja gaji guru 40 tahun yang lalu dengan yang sekarang. Dulu, gaji dahlah kecil, anak pulak ramai. Jadi bayangkan bertapa susahnya untuk mengagihkan wang perbelanjaan keperluan dan sekolah anak-anak. Tetapi, bagi yang tidak ada pendapatan tetap, bagaimana pula? Di sinilah pelbagai pengorbanan diperlukan. Ada isteri dan anak-anak terpaksa membuat kerja sambilan seperti menjual kuih dan sebagainya untuk membanrtu keluarga hidup lebih selesa. Alhamdulillah, those were the days. It was all behind us now but the sweet memories will always be in our mind and in our heart.


Ada yang mengambil kesempatan belajar menganyam ketupat.

Kini anak-anak itu sudah punya kehidupaan sendiri. Berkat usaha keluarga, mereka ke menara gading dan keluar menjadi orang yang berjaya. Memegang tanggungjawab sebagai ketua dan menjawat jawatan yang penting . Kehidupan mewah mereka dapat dilihat dari pakaian dan harta mereka seperti rumah yang indah tersergam berdiri dan the cars that they drive. But, I'm very proud to say that they are very down to earth people. They are very cooperative and caring towards one another. We planned events together and everyone took part.

Mengacau santan atas api untuk masak rendang sambil bersembang.

Last year we managed to run events for the neighbourhood and my friends and I in Jalan Kuarza were in charged of the Hari Raya gathering. We planned and implemented everything and our good neighbours supported us all out. We were very proud and thankful with their generosity and kindness . Just imagine, the Tan Sris, Puan Sris, Datos, Datins and everybody cooked ketupat, lemang and rendang like one very big family! Ada yang jaga api, ada yang menganyam ketupat, memotong daging dan mencuci daging ayam, ada yang membakar lemang dan tak lupa ada yang jadi penglipur lara dengan bercerita dan buat lawak jenaka ....itu juga satu sumbangan tau...

Kaum bapa bekerjasama mengacau rendang ayam dan daging.

To me, after seeing all these, I realized that, whoever we are, whatever job and responsibilities we hold, whatever cars we drive, how big our house is and how important we are in our office, we are all the same. May you be a teacher, businessman, army, navy, police officer, doctor, pilot, minister, a high ranking goverment officer and so on, we are all equal and we should take full responsibilities towards the prosperity of our neighbourhood. To me, everyone of us have our own strengths and weaknesses which blends and we can share and work together as a team.

Each and everyone of us are born leaders and please do not deny that. Tidak mungkin seorang yang boleh mengendalikan pejabat, sekolah, daerah, negeri dan negara tidak dapat mengetuai rakan jiran mereka. Tidak ada wang atau glamour memimpin jiran tapi yang ada hanyalah kepuasan hati apabila program yang kita jalankan mampu mengeratkan tali silaturrahim kejiranan kita. Itu adalah mission kita sebenarnya. Susah senang kita sentiasa menjadi perhatian jiran. Ingatlah bahawa tugas jiran sangat penting. Jika kita sakit atau ada yang meninggal dunia, sebelum saudara mara kita sampai, jiranlah yang pertama tiba dan mengendalikan segalanya. Oleh itu, cintailah jiran dan kejiranan kita.....


Wajah ceria kejiranan di malam Majlis Sambutan Aidilfitri Kejiranan.


Rasa letih cemas dan letih hilang apabila majlis berjalan dengan jaya.