Wednesday, August 5, 2009

Dah dekat dah.....

Ramadhan Kareem – Let Us "Fast From Anyth...Image by ukhti27 via Flickr

Rasanya baru sangat kita menyambut puasa. Kini lagi 2 minggu lagi kita akan berpuasa Ramadhan lagi..Insyaallah. Terasa macam terlalu pendek sangat masa sekarang ni. Begitulah umur kita. Setiap saat berlalu bererti bertambah pendeklah umur kita di dunia ini. Semoga sempat kita semua bertaubat hendaknya.

Esok Nisfu Syaaban. Ertinya pertengahan bulan Syaaban. Asar tadi, maka naiklah buku rekod kita ke Lukh Mahfuz dan digantikan dengan buku rekod yang baru tentang segala perbuatan baik dan buruk serta amalan-amalan baik yang kita lakukan selama hidup didunia. Kalaulah boleh kita padamkan catatan perkara buruk yang kita lakukan setahun yang lalu, KALAU!!! Tetapi jangan beranganlah. Sebaliknya, buatlah amalan yang baik mulai dari saat ini sehingga kita mati nanti. Time to change kearah kebaikan....is now.

Kalau dibayangkan dosa-dosa yang kita lakukan, terasa takutnya diri ini. Bukan tak tahu dosa tapi sebagai manusia, kita selalu alpa dengan duniawi. Kita lalai dan suka menangguh-nangguh perintah Allah seperti solat dan sebagainya. Kita selalu lakukan perkara-perkara yang jelas dilarang walaupun kita tahu itu salah. Hai...pilunya... The best thing ialah apabila setiap kali teringat akan kesilapan dan kesalahan kita, mintalah ampun dari Allah. Tadahlah kedua belah tangan tu, menangislah dan mintaklah Allah mengampunkan segalanya.

Banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu. Jika kita tidak , nanti hati kita akan mati. Itulah pemandangan yang selalu kita tengok orang membuat perkara yang salah(walau pun berniat baik) tapi dia rasa dia buat perkara yang betul! Sebenarnya dunia ini adalah tempat untuk kita singgah sebentar sahaja sebelum ke alam yang seterusnya iaitu alam barzakh dan ke alam akhirat yang kekal selamanya. Gunakanlah masa di dunia ini untuk menanam saham supaya kita senang diakhirat nanti. Banyakkanlah amalan bersedekah. Jauhkanlah dari bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, bongkak, kedekut dan sebagainya.

Ambillah kesempatan bulan mulia Ramadhan yang bakal menyapa kita dengan memperbanyakkan membuat pahala. Semoga usaha kita diberkati. Insyaallah.
Reblog this post [with Zemanta]