Monday, September 7, 2009

Tap tup tap tup........

Tap tup tap tup dah 17 Ramadhan kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Kalau masa zaman kanak-kanak dulu, terasa lamanya hari berlalu bila berpuasa. Tapi itu dulu, di mana teknologi tak sehebat kini.

Dulu singatku, siaran televisyen bermula jam 3.00 petang dan gambarnya dalam hitam dan putih sahaja. Jadi kanak-kanak ketika itu sangat kreatif mereka pelbagai jenis permaianan dan membuat alat permainan sendiri. Contoh nya congkak, cara bermain samaa tetapi kami kena korek tanah dan menggunakan batu sebagai pengganti guli. Lain-lain permainan adalah seperti Galah Panjaang, Baling Getah, Police and Thief, Pukul Berapa Sanga Harimau, Main sembunyi-sembunyi, Rounders dan sebagainya. Kalau diingatkan kenangan dulu, mahu saja diri ini kembali ke zaman kecil dan selama nya ditakuk itu!.......hahahahha IF ONLY!

Yalah itu zaman lampau kita, kita sudah dewasa dan dah tua! Kalau buah sudah masak ranumlah gayanya! Seeloknya biarlah kita bertindak sebagai orang dewasa. Usahlah leka dengan duniawi sahaja. Ingatlah bahawa kita perlu membawa bekalan yang cukup bila bertemu Allah nanti. Seeloknya, perbaikilah diri kita dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Hari Lebaran dah hampir sangat, just around the corner. Rebutlah peluang terbaik di baki bulan Ramadhan ini untuk membuat sebanyak pahala yang mungkin khasnya 10 malam akhir. Memanglah Ramadhan datang setiap tahun tetapi yakinkah kita yang kita masih ada ketika itu? Bila membeli-belah untuk Raya tu, agak-agaklah. Jangan sampai ke peringkat membazir. Syaitan memang dibelenggu ketika ini, janganlah pulak kita take over tugasnya!!Hahahahha..

Selamat Berpuasa dan banyakkanlah melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini, banyakkan bertaubat dan memohon keampunan serta banyakkan bersedekah, membaca Al Quran dan apa saja yang baik untuk mengumpul points sebagai bekalan kita nanti. Rebutlah peluang di bulan puasa ini, jangan sampai kita rugi pulak!