Thursday, September 17, 2009

Raya..

Dua tiga hari lagi, kita akan menyambut ketibaan Aidil Fitri. Masa kecil-kecil kita selalu teruja dengan berita yang di bawa oleh Penyimpan Mohor-Mohor Besar yang memberitahu kita samada anak bulan kelihatan atau pun tidak. Kalau nampak, melompat-lompatlah kanak-kanak kegembiraan....hahahahhaha. seronoknya waktu itu.

Seingatku, semasa anak-anakku masih kecil, persiapan menyambut Hari Raya sangatlah hebat. Biskut Raya dibuat sendiri. Membeli-belah dalam panas matahari terik di jalan yang sesibuk Jalan TAR di Kuala Lumpur adalah perkara biasa. Pakaian baru keluarga untuk dipakai pada hari Raya bukan sehelai dua malah berhelai-helai. Mewahnya waktu itu......dalam erti kata lain, membazir!!! Tapi tak apalah, itu dulu.....

Kini keluargaku sudah dewasa. Cucu pun dah ada seorang! Sambutan Aidil Fitri tidaklah seperti dulu. Kini kami lebihkan sambutan Ramadhan dengan menghidupkan malam-malamnya dengan amalan-amalan yang sepatutnya. Alhamdulillah. Pakaian aku dan suami pun tidak kami tukarkan yang baru. Bukanlah hilang kemampuan tapi perasaan untuk sambut Aidil Fitri tidak setebal dululah. Lagipun, masih ada baju yang belum berpakai dalam almari tu!

Semalam hati kami tersentuh apabila anak perempuan kami dan suami telah menghadiahkan kami baju Raya seorang sepasang. Sebak hatiku dengan pemberian mereka. Harga bukan ukuran kasih sayang tapi ingatannya itu yang penting. Terima kasih wahai anakku. Mak dan Ayah sangat-sangat menghargai pemberianmu. Kami doakan agar Allah membuka pintu rezekimu seluas-luasnya dan berbahagialah kamu sekeluarga. Insyaallah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan jangan lupa Puasa Enam bermula dari hari kedua......Allah menjanjikan pahala yang lumayan. Rebutlah peluang ini....