Monday, September 21, 2009

Salam Aidil Fitri

Hari ini hari kedua kita menyambut Aidil Fitri. Bermula dari pengisyhtiharan Hari RAya di kaca televisyen, malam itu selepas solat Isyak bermulalah acara takbir dari rumah ke rumah oleh kaum lelaki. Acara ini sudah menjadi kemestian di rumah ku setiap malam Raya. Syukur, jemaah masjid sudi berkunjung ke rumah kami untuk bertakbir. Alhamdulillah.

Oleh kerana rumah kami yang paling jauh berbanding dengan jemaah yang lain, maka kami terpaksalah menerima hakikat yang giliran kami yang terakhir sekali. Selalunya yang lewat ni samada untungh atau rugi tetapi kami rasa beruntung kerana selepas selesai bertakbir, Ustaz mengadakan sedikit Tazkirah sebagai peringatan kepada semua. Kali ni tajuknya ialah Berpuasa Enam. Ustaz ini yang berlatar belakangkan seorang pendidik explains things so simple sehinggakan apa yang disebutnya sangat mudah difahami oleh semua peringkat umur. Maklumlah jemaah yang hadir seramai lebih kurang 45 orang itu , hampir separuh daripadanya adalah anak-anak remaja ! Sebab itu pendekatan seseorang Ustaz itu mesti tepat, straight to the point dan dalam bahasa yang mudah supaya semua orang faham dan dapat menerima ilmu itu dengan jelas. Terima kasih Ustaz.

Hari ini bermulalah aku dan suami berpuasa enam. Bukannya apa, kalau tak dilakukan segera, nanti liat pulak. Maklumlah pelbagai juadah terhidang depan mata...sikit-sikit pun mesti nak merasa juga. Semoga aku dan suami diberi peluang menyempurnakan ibadah sunat ini sepenuhnya. Insyaallah.

Kepada semua, aku ucapkan, Selamat Berpuasa Enam...