Wednesday, September 30, 2009

Aidil Fitri bersama anakanda...






Ini adalah tahun kedua anakku Angah tak pulang berhari raya bersama kami. Along pulang ke Kedah bersama keluarganya. Tinggallah orang tua berdua ni terkontang-kanting. Tak apalah...kami redho. Lagipun kami ada tanggungjawab lagi di kampung Ulu Bernam.

Namun hati tetap merindui saat bersama menyambut Aidil Fitri. Teringat akan masa kecil mereka. Sibuk sekali kami bersama-sama membeli-belah di kotaraya Kuala Lumpur, dalam panas terik di bulan Ramadhan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bayangggggkan... Kadang-kadang bukannya hendak membeli apa pun tetapi saat berjalan bersama-sama itulah yang paling menyeronokkan. Aku harap anak-anak akan jadikan ia sebagai kenangan selamanya. Setelah selesai Puasa Enam, suamiku membenarkan aku ke Melbourne untuk berhari Raya dengan Angah. Dia tidak dapat bersama kerana terpaksa memenuhi jemputan perkahwinan dan Rumah Terbuka sahabat handai serta rakan taulan. Kebetulan Angah pun dah selesai berpuasa Enam. Jadi meriahlah kami berdua beraya.

Sesampai saja di Melbourne Airport, Angah dah tunggu du muka pintu. Kami saling melepaskan rindu. Kami berpelukan seolah-olah dah lama sangat tak berjumpa. Menitik airmata melihatkan gelagat Angah. Manjanya tak kehabisan. Angah datang mengambilku dengan keretanya Toyota Corolla Seca yang berharga AUD$3 ribu....hahahha murah tapi cuba tukar dalam ringgit....pilu juga aku membayarnya...

Tujuan pertama kami ialah membeli ayam dan daging dulu di kawasan penempatan orang berbangsa Arab di Brunswic....kedai orang Turki....HALAL!! Lega dapat beli....2 kg kepak, seekor ayam, 1kg daging, 6 keping daging kambing. Kemudian beli sayur-sayuran pulak! Wah meriahnya sebab Angah dah bagi tahu kat kawan-kawannya di Uni yang Mak akan masakkan lauk Raya....semua excited....budak-budak tu pun kuat makan...masak apa pun pasti habis!

Lepas tu kami terus pulang ke kampusnya di Monash University di Gippsland...2 jam perjalanan dan kami bersembang sepanjang jalan.....gossip corner!!