Thursday, October 1, 2009

Kereta Angah







Bukanlah manjakan anak sampai belikan kereta untuk kegunaannya di sini. Tapi bila kami congak-congak setiap kali untuk ke bandar pergi dan balik ke satu destinasi, dia kena bayar AUD$40. Kemudian kalau naik keretapi ke kota Melbourne, AUD50. Kena jalan jauh. Bas ada tapi kena ikut masa. Kesian anakku. Jadi kami belikan sebuah kereta berharga AUD$3 ribu tapi dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah. Sekarang ni Angah ialah pemilik kereta Toyota Corolla Seca berwarna merah.



Aunty...what's cooking?



Itu adalah soalan wajib yang ditanya oleh kawan-kawan srumah Anagah bila nampak kelibat aku. Semalam ada yang mengidam makan Nasi Lemak. Siap dengan sambal ikan bilis, telur rebus daan timun. Langsai budak-budak tu makan.

Hari ni, aku masak Nasi Ayam pulak. Punyalah seronok tengok budak-budak tu makan. Hilang penat dibuatnya. Bila berada di luar negara macam ni, tak kuasa nak buat perencah teruk-teruk sangat. Beli saja yang instant. Siekarang ni apa yang tak ada. Semua ada di jual. Kalau nak kena blend sendiri, mak aii, satu barangnya memang ada dijual tapi mahal sangat dan yang kedua pulak, bukan semuanya ada. Jadi kena cara instantlah. Janji dapat makan.

Yang serumah dengan Angah adalah budak-budak dari Singapura, Nepal, Mauritius, India, Australia dan Korea. Kepala semua sama pemikirannya. Masing-masing faham dengan budaya teman serumah, saling menghormati dan makan mesti bersama sehinggakan makanan haram tak di bawa ke dalam rumah. Pokok pangkalnya, mereka bersatu hati. Keluarga yang lain belum pernah sampai ke sini, maklumlah jauh. Jadi mereka semua dah jadi macam anak aku sendiri. Seronok juga.

Malam esok, kami akan adakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri beramai-ramai. Pelbagai juadah aku dan siapkan. Yang penting rendang ayam dan Daging Semur dah siap aku masak. tengah fikir nak buat kuih sikit. Sedekah pada budak sedang belajar panjang jalannya. Insyaallah.