Saturday, October 3, 2009

Berjalan sakan....to Lakes Entrance





Bangun pagi aku dah sediakan sarapan pagi. Goreng mee 2 bungkus, Nasi Himpit dengan Kuah Kacang dan Lontong aku hidangkan. Bagiku siapa yang bangun awal, dia dapat makanlah. Ikut rezeki masing-masing.

Lepas makan, Angah bawak aku berjalan jauh...sejauh 2 jam perjalanan. Tempat ni dipanggil Lake Entrances. Di sepanjang perjalanan, untuk mengelakkan dari mengantuk, kami bersembang anak beranak punya cerita. Pelbagai gossip keluarga yang keluar selain dari ku selit-selitkan juga pendidikan agama yang aku pelajari dari Ustaz dan Ustazahku. Alhamdulillah, Angah ni memang suka dengar aku berceloteh. Bila aku terhenti bercerita, mulalah dia bertanya macam-macam tentang hidup, tentang perasaan dan sebagainya. Gua layan ajelaaaa..
Sesampai di destinasi, hari dah agak lewat juga. Jadi tak dapatlah kami menaiki bot mengelilingi kawasan itu. Cantik sungguh tempat ini. Bayangkan sebuah bandar yang berhadapan dengan tasek dan dipenuhi dengan pelbagi bot kecil dan besar dan dilindungi oleh benteng yang panjang dan disebelah sana benteng ialah lau........cantik giler!!
Cuaca sangat cerah tapi angin yang bertiup sejuk sampai kedalam tulang. Sejuknya tak terkira. Kami bercadang untuk memancing, tapi terpaksa dilupakan saja kerana terlalu sejuk. Sudahnya kami habiskan masa dengan sessi bergambar sahaja.

Cukup masa, kami berangkat pulang. Di mana yang boleh kami berhenti untuk mengerjakan solat. Seronok, seronok jugak tapi tanggungjawab tak boleh tinggal. Kita mesti tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak kita. Insyaallah, mereka lihat apa yang kita buat.....