Sunday, October 11, 2009

Jahanam!!

Selama bulan Ramadhan, hati dan jiwa begitu tenang sekali. Puasa juga menyebabkan tubuh badan kembali susut ke bentuk yang diimpi- impikan sehinggakan baju yang 10 tahun lepas dah mula muat! Wah meriahnya! Seronoknya rasa hati tidak tergambarkan.

Hari Raya kedua aku dah mulakan puasa enam dan terus sehingga selesai. Lepas tu seminggu aku ke Melbourne beraya bersama anak bujangku pulak. Bila pulang ke tanahair, tak payah tunggu hujung minggu lagi, jemputan rumah terbuka datang bertalu-talu. Dilema...to go or not to go. Akhirnya pergi juga memnuhi semua jemputan.

Jemputan yang diterima termmasuklah Rumah Terbuka Aidil Fitri, Kenduri perkahwinan, Majlis Pernikahan, Majlis Tahnik dan sebagainya. Bermula dari hari Jumaat hingga Ahad, dari jam seawal 10 pagi dan berakhir selepas jam 10 malam! Kerjanya bersembang, makan, makan dan makan. Jahanam diet aku! Kegembiraan untuk menyarung baju 10 tahun lepas tinggal kenangan sahaja. TApi aku bersyukur kerana dapat hadir ke 90% majlis-majlis yang dijemput. Mintak maaflah bagi yang tak sempat hadir.

Sekarang kena bertekad untuk membuat lemak yang terkumpul....pilu......semoga berjaya!!