Monday, November 9, 2009

My Vege Garden


Pernah dulu seorang penyanyi negara jiran kita iaitu Titiek Puspa dari Indonesia menyanyikan lagu Minah Gadis Dusun. Lagu ini menceritakan bagaimana seorang gadis yang berasal dari kampung ingin sangat merasai hidup di kota. Tugas gadis ini sebagaimana orang kampungnya yang lain ialah bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini merupakan salah sebuah lagu yang aku minati.

Begitulah juga dalam relaiti hidup ini. Suatu hari aku mengunjungi rumah seorang teman rapat. Rumahnya jenis rumah teres sahaja. Yang mengagumkan aku ialah di sekeliling rumahnya dari depan sampai ke belakang(rumah hujung) ditanamnya pokok-pokok sayur seperti Tomato, Cili Besar, Cili Padi, Sawi, Pak Choy, Peria, Terung, Brocolli, Cauliflower dan sebagainya! Tergamam aku. Kawasan tanah yang terhad di hadapan rumahnya penuh ditanam dengan pokok sayur. Jadi sebahagian dari hiasan. Terasa ruginya aku jika tidak berbuat perkara yang sama.


Hasil dari bantuan sahabatku itu ialtu Halim, aku gantikan tanaman hiasan di halaman dan sekeliling rumahku yang sebesar berkangkang-kangkang kera itu dengan pokok sayur-sayuran. Hasilnya seperti gambar yang aku kepilkan bersama.


Sebenarnya, berbudi pada tanah, Insyaallah akan mendapat hasilnya. Kini sudah beberapa bulan keluargaku dapat merasakan hasil tanaman My Vege Garden sendiri. Rasanya jauh lebih manis kerana aku tidak menggunakan baja lain selain dari Baja Tahi Ayam yang telah diproses dan racunnya pun dibuat sendiri.
Oleh itu aku menyeru kepada semua sahabat kenalanku, marilah kita berkebun!