Thursday, January 28, 2010

Tika musibah datang melanda....


Selasa pagi, Along tak ke kelas kerana kurang sihat. Suaminya A'sim menghantar anak dan isterinya ke rumahku kerana kuatir tentang kesihatan Along. Along menerima mereka dengan tangan terbuka kerana yang pasti rumahku tidak akan sunyi dengan kehadiran mereka.

Pagi itu, Along suapkan Asim mee goreng dan air teh tarik. entah kenapalah, tak seperti biasa, Along kata Asim nak bertolak ke pejabat dan nak jumpa Mak. Hatiku berkata sebab ini bukan kelazimannya tapi tiada kata yang kuucapkan kecuali membisikkan di telinganya yang aku mendoakan keselamatannya.

Setelah Asimbertolak, kami menjalankan tugas masing-masing. ALong dan Mus keluar sekejap untuk membuat report polis tentang kehilangan sijil nikah Along dan Asim. entah kemana celah diletakkannya....cuai betul budak-budak ni. Tidak lama kemudian, Along etelfon aku. Katanya nak ke Putrajaya kerana Asim kemalangan jalanraya. Ketika itu, aku terpaksa menahan airmata sedih bercampur cemas demi anakku . Aku mesti kuat untuk anakku itu. Tapi Along memang anak yang kuat. Dalam semputnya dan selsema yang teruk hari tu,bunyinya seolah-olah dia menangis tersedu-sedu, tapi sebenarnya tidak. TAk setitik airmatanya yang jatuh. Dia tenang menghadapi saat cemas itu.

Sesampainya Along dihospital, Asim berada di wad kecemasan. Untuk tidak memnganggu kesibukan di wad tersebut, tiada siapa pun yang dibenarkan masuk. Jadi Along dan Mus ditemani oleh kakitangan pejabat Asim. Kebetulan pula semasa kemalangan berlaku, dua orang kakitangannya berada di situ dan menyaksikan segalanya. Ngeri kata mereka.anakan tidak, motor dihimpit oleh lori pasir! Dalam keadaan sekarang, susah nak kita persalah sesiapa pun. Yang penting ialah Asim cedera teruk di kaki kanan dan motornya rosak teruk di bahagian hadapan!

Oleh kerana Hospital Putrajaya terlalu jauh dari Shah Alam, kami mengambil keputuisan untuk memindahkan Asim ke Hospital KPJ di Shah Alam. Mudah bagi kami untuk ulang alik melawatnya. Sejak kemalangan pagi itu, aku tidak berkesempatan menziarahi menantuku kerana cucuku Ammar berada dalam jagaanku! Maghrib itu, Asim dibedah. Tulangnya yang hancur diganti dengan tulang manusia dan ada bahagian yang digantikan dengan logam. Pagi tadi semasa melawatnya, asim mengadu kesakitan tetapi masih boleh bertahan. Dari riak wajahnya, dapat aku rasa kesakitan yang ditanggungnya. Sebak hati aku melihatnya. Ketika itu aku hanya mampu berdoa dan berserah. Segala yang patut, telah kami usahakan. Kini hanya kami tinggal berdoa dan memberi semangat kepadanya.

Wahai anakku, bersabarlah. Allah memberi peluang kepadamu untuk berkhidmat sepenuhnya pada suamimu. JAlankanlah kewajipanmu sebagai seorang isteri yang baik. Peliharalah tuturkatamu, tingkah lakumu dan peradabanmu kerana orang sakit sangat sensitif dan jika dia itu suami, tahap sensititifnya ke tahap kronik. Dalam menjaga orang sakit, kedua pihak mestilah banykkan bersabar. Sipesakit kena sabardan yang menjaga juga kena sabar.

Mak , Ayah dan adik-adik berdoa agar Asim sihat dengan segera. Tahanlah sikit kesakitan itu. Gunakanlah tasbih yang Mak berikan tadi. Banyakkan berwirid dan berdoa. Hikmahnya kamu sakit ialah kehadiran keluargamu dari Kedah serta Nenek dan Mak Uwo dari Tanjung MAlim. usah kiralah lawatan yang tidak henti-henti dari sahabat dan jiran tetangga. Semua mendoakanmu. kini tibalah masa untuk berehat...

Thursday, January 21, 2010

Takziah buatmu Titina....

Titina adalah sahabatku sedari sekolah menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah Kuala Terengganu. Kemudian aku bekerja sementara selama setahun di Tractors Malaysia dan sejak itu kami tidak ketemu. Lagipun semasa di sekolah kami bukanlah teman rapat tetapi sekadar teman sepasukan dalam aktiviti sukan . Aku sangat suka melihat dia kerana kecantikannya. Kulitnya yang putih bersih dengan rambutnya yang hitam ikal mayang menyerlahkan lagi keayuan sahabatku ini.

Namun, pada awal Mei tahun 1981, aku ditawarkan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganu. Di hari pertama melapor diri, aku menarik nafas lega apabila beberapa orang teman bekas pelajar sekolah menengah turut berada di situ termasuklah Kasmawati (kini guru Bahasa Inggeris di Dungun, Terengganu) dan juga Titina . Nak jadikan cerita, ketiga kami dimasukkan ke aliran Bahasa Inggeris tetapi berbeza kelas atau unit. Namun, kami selalu bertemu dalam aktiviti aktiviti luar darjah seperti sukan, pasukan beruniform, acara-acara kebudayaan dan sebagainya. Dalam sukan kami sama-sama aktif dalam Olahraga, dalam badan beruniform pula kami sama-sama dalam Pandu Puteri . Titina suka menyanyi, jadi dia masuk pasukan koir sedangkan aku dalam tarian. Tiga tahun menjadi guru pelatih di maktab tertsebut dan kami berkongsi cerita yang sama walaupun berlatar belakang berlainan. Kami punya ramai teman-teman seperti Taksiah, Ali, Amin, Akhtar, Zin, Suhaimi, Asmad, Noraini, NorAdna,Zaid, Ong, Azmi, Zainal. Zulhisham,Manja, Ohira dan ramai lagi. Kerana tinggal di kawasan terpencil yang jauh dari kota besar, kehidupan kami berkisarkan teman-teman di maktab sahaja. Kami lakukan banyak perkara bersama, berjalan bersama, ponteng bersama dan sebagainya. Pokok pangkalnya, kami begitu akrab sekali seperti adik beradik sendiri. Sehingga kini, perasaan kasih pada teman seperjuanganku masih begitu menebal lagi. Sekali sekala bertemu mengimbaskan kembali nostalgia bersama satu ketika dahulu 26 tahun yang lalu.......

Malam semalam, aku dikejutkan berita oleh seorang teman kami iaitu Rahimah atau Kak Teh(nama glamournya) tenatang musibah yang menimpa sahabatku Titina. Semalam Titina telah kehilangan suaminya. Arwah berlepas di HUKL lebih kurang jam 9 malam. Tahun lepas, semasa arwah dirawat di hospital yang sama, sempat juga aku bersama Nik dan Taksiah menziarahnya. Bila kita dalam kesedihan, elok juga berjumpa kawan-kawan untuk meringankan bebanan perasaan sedih di hati. Kini tinggalah Titina mengendalikan keluargany sendirian. Tapi aku percaya dia seorang wanita yang sangat tabah hati. Bersabarlah wahai sahabatku. Yang pergi tidak akan kembali lagi tetapi yang tinggal mesti meneruskan kehidupan. Kau tidak akan keseorangan. Kami sedang merancang untuk menziarahimu sekeluarga tak lama lagi. Insyaallah.Sementara itu, bertenanglah dan redholah akan pemergiannya. Peliharalah anak-anakmu dengan baik kerana itulah harta yang sebenarnya.

Salam takziah dariku buatmu wahai sahabatku Titina.

Monday, January 18, 2010

Cuti lagi.......oversea...


Percutian ke kota Bangkok bersama 4 teman yang lain amat menyeronokkan. PSJJ, CKN,DS,DA dan aku mengunjungi kota tersebut tanpa ada apa-apa tujuan sebenarnya. Masing-masing memerlukan masa untuk break free dari kerja routin harian kami. Kelima-lima kami punya latar belakang dan tugas tugas khas yang berlainan tetapi yang meneyeronokkan ialah apabila bersama, fikiran, pendapat dan perasaan kami sama...untuk berehat sambil enjoy ourselves! Which we did!

Hari pertama, sampai saja di airport , kami disambut oleh tour guide kami yang bernama Awi, orang Patani dan fasih berbahasa Melayu. Syukur rasa dihati kerana orang Thailand tidak ramai pandai berbahasa Inggeris tapi bila dapat yang pandai berbahasa Melayu, itu sudah bonus buat kami. Pernah sekali 2 tahun yang lalu, ketika itu aku bersama suami dan teman kami ke kota Bangkok. Naik teksi dan terpaksa bercakap menggunakan bahasa isyarat dengan pemandu teksi. Dalam pada itu, kami tetap sesat juga! Lucu pada mulanya tapi getting more annoying towards the end. Bila disebut Jim Thomson, langsung diangguk kepalanya seolah dia tahu tapi di setiap persimpangan, dia berhenti bertanya orang. Ini membuatkan kami bosan kerana banyak masa terbuang. Kami langsung turun teksi itu dan masuk ke teksi lain.

Kami merasa sangat kagum dengan jumlah pelancong yang sama-sama beratur untuk cop pasport. Ramai sangat. Ketika kapalterbang kami turun, sudah ada 4 pesawat lain sudah mendarat. Bersesak-sesaklah kami di situ. Pelbagai bangsa dan warna yang kami temui. Hebat sungguh negara ini yang meampu menarik ramai pelancong asing ke negara mereka sedasngkan masalah bahasa begitu ketara sekali! Apa resipi mereka?

Malam itu kami ke Riverside City. Cantik sungguh tempat ini. Tujuan ke sana ialah untuk naik Chao Phraya Dinner Cruise. Kami sangkakan sebuah bot besar sahaja yang akan mengangkut para pelancong, rupanya salah sangkaan kami. Setidak-tidaknya ada 4 hingga 6 bot besar yang disediakan. Ada dua dek dan setiap satu bot boleh memuatkan lebih kurang 300 orang penumpang at one go. Sambil makan. kami dihiburkan oleh seorang penyanyi yang mendendangkan pelbagai jenis lagu antarabangsa termasuklah lagu dari negara Russia, Korea, Jepun, English dan juga Indonesia! Lagu Melayu tak ada! Mengapa? YAng lucunya, bila penyanyi itu mendendangkan lagu Bahasa Inggeris, yang mana aku rasa aku tahu akan senikatanya, sebutannya ikut seronok dia saja! Janji ada bunyi dan ikut rentak muziknya. Lagu Indonesia itu bertajuk Si JAntung Hati.....pun meraban jugak. Tapi yang membuat kami kagum ialah dia berani mendendangkannya. Samada kita enjoy the music or not, itu secondary. Mungkinkan keberanian itu satu daripada resipi kejayaan mereka menarik pelancong? Harus!!!

Hari kedua, kami mula awal pagi. Tujuannya ialah ke Floating Market. Perjalanannya mengambil masa 1 jam. Setibanya kami di jeti, terpegun kami melihat ramainya pelancong asing yang sudah sedia ada di situ dan yang baru sasmpai. Berpuluh bas pengangkutan pelancong berderet di kawasan parking lot. Kali ni kami mulakan perjalanan dengan menaiki bot panjang dan laju. 20 minit kami di bawa oleh bot tersebut menyusuri tali air yang telah dikorek sepaya mencapai kedalaman yang sesuai. Airnya tidak jernih tapi seolah berlumpur. Dapatlah kami saksikan perkampungan orang Siam sepanjang taliair ini. Sangat menarik dan mengujakan. Bagi yang takut menaiki bot, mungkin mereka tidak akan seronok kerana bot itu bergerak sangat laju dan jurupandunya mestilah cekap tetapi bagi yang suka dengan kelajuan dan berjiwa adventure, this is something that you should not miss...full of thrill! Sampai sahaja di Floating Market, sejuk mata memandang bagaimana aktiviti jual beli dijalankan atara sampan ke sampan. Namun kita perlu pandai menawar. Kalau dimintanya sepasang baju anak kecil dengan Baht850, terus minta kurang serendah Baht100! Kalau tak diberinya, majukan terus perjalanan kita. Pasti dipanggil kembali! Percayalah. Namun mereka tidak marah malah senyum dan bila mendapat wang, terpancar kegembiraan mereka! Ini mungkin satu lagi resipi mereka iitu Senyum Selalu!

Makan tenghari di kedai Mak Yah sangat menyelerakan. Oleh kerana kita sudah biasa dengan makanan Siam di negara kita, maka tidak susahlah kita nak tanya banyak sangat sioalan tentang bahan-bahan yang digunakan. Order sahaja. Difahamkan bahawa, bila orang mereka ingin membuka perniagaan di luar negara, 1/2 daripada perbelanjaan yang diperlukan akan ditampung oleh kerajaan mereka. Syaratnya ialah rekabentuk restoren itu mestilah mengekalkan identiti architecture negara mereka! Mungkinhah ini satu daripada cara mereka memperkenalkan negara mereka? Saya tidak hairan akan perkara ini kerana pada tahun 1990 saya berpeluang ke Hawaii dan diantara tempat makan yang saya dan suami kunjungi ialah restoren mereka! Bayangkanlah, diseluruh dunia makanan dan adat budaya mereka telah dikenali dan dinikmati. Jadi bila sebut saja , ramai yang teruja untuk malncong ke sana. Mmmmmmmmmmmmmmmmm sedapnya masakan Mak Yah!! Teringat-ingat lagi di fikiran dan terasa-rasa lagi di tekak.

Puas naik bot, cubalah pulak naik Tut Tut. Kenderaan berkuasakan motosikal dan ada tempat duduk penumpang dibelakang. Syaratnya, mesti tanya dulu sebelum naik. Pergerakkannya sangat licik dan laju, Boleh menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan besar, Kalau tak kuat boleh kena sakit jantung! Tapi ia menyeronokkan. Kesesakan lalu lintyas di kotaraya Bangkok menjadi bualan dunia, Perlu plan masa dengan betul untuk ke satu-satu destinasi. Pemandu teksi dan Tut Tut pun berkira juga untuk membawa kita ke meredah kesesakan lalu lintas tersebut. Ada yang suruh kita jalan kajki saja! Hahahahahah...ini benar-benar terjadi padaku. Kerana terlalu letih berjalan setelah membeli belah, kononnya nak naik Tut-Tut tapi pemandunya suruh aku jalan sahaja kerana jalanraya sesak. Padan muka aku!

Membeli-belah di kotaraya ini sangat seronok. Masih murah lagi. Di tengah-tengah kotaraya yang serba moden ini masih terdapat kedai-kedai kecil yang di dirikan dihadapan gedung-gedung perniagaan yang besar! Bagi mereka tidak ada hasad dengki antara satu dengan lain kerana percaya pada rezeki masing-masing. Jika ke kedai kecil kena guna wang tunai dan jika tidak ada wang tunai bolehlah Gores dan Menang(Credit Card) sahaja! It's your choice!

Bagi yang belum pernah ke BKK. you must experience at least once. But get a good mate, with the same chemistry so as to not spoiling your vacation! Good luck to you and thanks a million to my friends for being such wonderful companion during our holiday together...May we do it again and again!!! Maaf atas segala kesalahan dan halalkan makan minumku.

Saturday, January 9, 2010

Perjalanan yang membawa banyak kenangan....


Bila sebut saja cuti, berbulan-bulan sebelum tarikh tu sampai, macam-macam yang kita fikir nak buat dan mulalah merancang. Begitu jugalah dengan diriku. Wlaupun sudah tidak bekerja lagi, menjadi surirumah sempenuh masa, rupanya jauh lebih sibuk dari masa dulu. Segalanya nak aku bikin perfect. Walaupuin penat tapi janji hati gembira dan bangga. Syukur.


Hari Krismas 2009, setelah 2 bulan berhempas pulas merancang, berbincang, mencari sponsorship, shopping, memikirkan pelbagai hal, mencari peserta, , browsing internet dan sebagainya, akhirnya dapat juga aku melaksanakan tugas dan tanggungjawab menyelaras program Lawatan ke Kuala Selangor bersama 10 keluarga jiran tetanggaku beserta keluarga terdekat dan sahabat handai kami. Seramai 38 orang dewasa, 40 orang remaja dan 20 orang kanak-kanak. Peringkat umur peserta adalah dari seawal 4 bulan hingga 78 tahun !


Kami menaiki sebuah bas (40 seater) dan diiringi oleh 10 buah kenderaan persendirian. Hari pertama bermula dengan solat Jumaat oleh peserta lelaki manakala ibu dan anak-anak berehat di bilik masing-masing di De Palma Hotel Kuala Selangor . Tepat jam 3petang, sebuah trem yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor(MDKS) dan sebuah bas yang disediakan oleh Pejabat Daerah Kuala Selangor(PDKS). Trem membawa kami mengelilingi Bukit Melawati yang kaya dengan kesan-kesan Sejarah serta pemandangan yang menakjubkan. Selat Melaka dapat dilihat dari atas bukit. Tak cukup lagi, di Bukit Melawati ini jugalah salah satu tempat untuk melihat anak bulan bagi menentukan mula Ramadhan, Sywal serta Raya Qurban. Kesan-kesan sejarah masih dijaga dengan rapi. Kami bertuah kerana pihak MDKS telah menyediakan seorang pencerita (tour guide...Cik Sabariah) untuk menceritakan kisah-kisah menarik di setiap tempat lawatan. Ini sangat bagus untuk kami semua khasnya kepada anak-anak remaja supaya mereka tahu bertapa hebatnya ancestors mereka yang mempunyai daya ketahanan mempertahan diri , berani serta daya pandai dan bijaksana. Dengan ini kami berharap agar mereka memperkukuhkan jati diri mereka dan menyedarkan diri mereka akan kedudukan mereka sebagai satu bangsa yang kuat dan tidak mudah kalah dan terbawa-bawa oleh arus kemodenan.


Selepas solat A'sar, kami dibawa ke Pantai Jeram. MasyAllah, the sunset was soooooo beautiful. Pihak hos telah menunggu kami dengan persembahan Ghazal. Makanan ...punyalah sedap! Aku ykin semua ahli rombongan enjoyed the food and will come back again with their own crowd! Macam ni aku kena mintak 25% daripada taukeh restoren! Hahahhhahahahaha....

Lepas makan kami terus ke Kelip-kelip Kampung Kuantan. Punyalah ramai orang! Maklumlah malam Krismas. Ramai yang datang adalah pelancong tapi kami bernsib baik sebab sebagai tetamu, kami didahulukan (walaupun ada pengunjung lain yang senget muka memandang kami....hehhe sorry babe).Cantiknya kurniaan Allah. berkelipan sepanjang sungai. Spesis yang ada di Kuala Selangor mempunyai kerlipan yang paling terang. Makanan si kelip-kelip ialah pucuk daun Pokok Berembang yang hidup melata di sepanjang sungai. Perahu yang dikayuh perlahan (tidak dibenarkan menggunakan motor) membawa kami mendekati pohon berembang dan jika teringin, bolehlah menangkap seekor dua kelip-kelip. Namun harus segera dilepaskan kerana jika tertangkap dengan kelip-kelip masih ditangan...hukumannya RM1000.00 seekor!! PIlu memikirkannya. Persembahan Dabus dan minuman ringan disediakan untuk kami. Manja betul rombongan bih! Balik hotel. Time to sleep.


Lepas Subuh, sarapan dan bas membawa kami ke Taman Alam (Nature Park). Kami diberi penerangan tentang taman tersebut dari segi mukabuminya, habitatnya serta flora dan faunanya! Kemudian terus ke Jeti Perikanan Sungai Buloh untuk menaiki bot untuk melihat lebih dekat akan burung-burung yang migrate dari negara-negara sejuk (singgah sekejap untuk mencari makanan) dan kami diberi peluan menyauk kerang. Dikatakan bahawa kerang Kuala Selangor rasanya enak sebab pertemuan air tawar dan air masin menjadikan lumpur di kawasan itu paling sesuai untuk pemakanan dan pembiakan kerang. Kami di beri kerang secara percuma untuk dibawa pulang. Apa lagi, dengan meriahnya kami terima!! Terima kasih!!


Makan tengahari di Homestay Sungai Sireh. Sepanjang perjalanan, mata kami dijamu dengan pemandangan indah saujana mata memandang sawah padi yang terbentang luas. Makanan kami ialah Nasi Ambng (tradisi orang Jawa). Sedulang nasi dengan lauk seperti ayam, sambal goreng, serunding daging dan mee goreng untuk hidangan sekurang-kurangnya 5 orang. Itu pun tajk habis. Adat orang Jawa ialah, everything must go. Jadi saki baki makanan tersebut, kami bungkus dan bawa pulang. Ooooooooo kenyangnya!! Sebelum pulang ke Shah Alam, sempat juga kami singgah di IKS untuk membeli sedikit buah tangan yang berbentuk pelbagai jenis kerepek dan kuih-muih tradisional untuk dibawa pulang kepada yang tinggal! Yang beli lain, yang diberi percuma lain! Wah, murahnya rezeki.


Selesai sudah tugasku. Aku bersyukur kerana tiada kemalangan dan sebagainya. Semuanya berjalan sebagaimana yang di rancang malah lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua ahli rombongan, keluarga dan sahabat, penderma yang baik hati, pihak MDKS, pihak PDKS, khasnya Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor yang banyak memberi semangat dan membantu menjayakan program ini. To all, maaf atas segala kesilapan, terkasar bahasa, body language yang tak suka dipandang, makanan yang kurang enak dan sebagainya. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu adalah dari kita manusia. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan serta semangt yang diberi khasnya kepada tukang komen nombor satu dunia iaitu suamiku DIMY....tanpamu siapalah aku!!

Friday, January 8, 2010

Selesai sudah tugasmu menceriakan hari-hariku......

Kali pertama bertemu ialah pada tahun 2004. Ketika itu kau bersama teman-temanmu sedang berhimpit-himpit dalam kawasan yang sempit.. Aku jadi kasihan. Keadaanmu ketika itu memilukn aku. Sungguh aku kasihan. Tak sampai hati, lalu aku panggil seseorang untuk menyelamatkanmu serta sembilan temanmu yang lain . Aku bawa kau pulang. Aku punya ruang yang luas di rumahku untuk kau dan temanmu hidup senang lenang.

Ternyata kau begitu gembira. Ke sana ke mari kau sentiasa bersama dengan teman-temanmu yang seangkatan. Semua yang melihatmu, kagum dengan kehebatanmu dan ketangkasanmu. Hebat sungguh hebat. Sepanjang kau bersamaku, suasana rumah menjadi riang. Setiap kali ada tetamu, pasti kau jadi tontonan. Terpegun mereka dengan tumbesaranmu....Pergerakanmu yang mundar-mandir dari satu sudut ke satu sudut yang lain menunjukkan bertapa gembiranya kau. Begitu juga dengan teman-temanmu.

Malang tidak berbau. Suatu hari yang aku tidak ingat tarikhnya tapi pasti akan tahunnya iatu 2007, lapan teman-temanmu meninggalkn kita. Entah apa sebabnya, aku sendiri tidak pasti sehingga kini. Runtun semangatku dibuatnya . Sedih usah ditanya lagi. Rasa bersalah di dalam hati tidak terperi. Kasihannya aku melihat keadaan yang menyedihkan dan menyayat hati. Aku tahu kau pun turut sedih. Kau tidak seriang dulu, pergerakanmu perlahan dan tidak lagi laju. Aku terus memujukmu dan kau tidak kesunyian kerana punya teman-teman lain iaitu si Patin, si Sebarau, si Kelah, si Kaloi , si Jelawat dan si Keli Afrika. Mereka semua sangat ramah dan baik hati. Kau kembali berseri.

Tapi kini, aku terpaksa menerima hakikat pemergianmu pula. Wahai si Keli kusayang...kau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal untuk kami. Sedar-sedar kau sudah tidak bernyawa lagi. Melihat kau terapung dan tidak bergerak lagi membuat hatiku menangis. Bertapa pilunya hatiku wahai si Keliku bila mengenangkan saat kita mula bertemu sehingga saat matimu. Terima kasih kerana membuat aku seisi kelurga gembira semasa hidupmu. Kau membuatkan kami merasa sangat bangga. Aku bersyukur kerana membawa kau pulang dari Pasaraya Makro dalam keadaan berhimpit-himpit di dalam balang kaca menanti saat kematian yang menyeksakan. Aku gembira melihat pembesaranmu yang menakjubkan. Seingatku, semasa mula aku bawa kau pulang, panjangmu kurang dari satu kaki tetapi pada hari kami menanammu, ukuran panjangmu melebihi tiga kaki!!! Kau adalah yang terbesar di dalam kolam itu.

Kini kau kami semadikan di kebun sayur-sayuranku di hadapan rumah. Pokoknya kau masih dekat denganku dan dalam masa yang sama kau membantuku membaja pokok sayur-sayuranku. Insyaallah. Berehatlah kau wahai si Keli. Kau tidak akan kulupakan. Namamu akan menjadi sebutan. Aku pasti ikan-ikan yang lain termasuk si Keli yang seekor lagi akan merinduimu khasnuya bila tiba wktu makan kerana kaulah yang akan makan paling banyak!!

Selamat tinggal si Keliku.......terima kasih!!