Sunday, April 11, 2010

Lama sudah terhenti mengarang.....banyak tugasan!

Pelbagai peristiwa berlaku dan pelbagai aktiviti luaran dan dalaman yang banyak menggunakan masa yang melibatkan aku! Bukannya nak marah atau kecewa tetapi agak sedih juga kerana masa sangat terhad untuk aku mengarang.

Kini aku sibuk melatih anak-anak muda dari umur 9 tahun ke 26tahun(anak-anak jiranku) mengendalikan satu acara sukan untuk kejiranan kami. Selalunya, kerja-kerja seperti ini aku kendalikan dengan sekumpulan teman rapatku. tetapi kali ini aku latih anak-anak muda ini membuat kerja tanpa mengaharapkan apa-apa bayaran tetapi mereka mesti cari sumber kewangan sendiri.

Kami bermula dengan matlamat iaitu untuk menyatupadukan kejiranan kami supaya menjadi satu. Salah seorang anak muda memberi satu idea iaitu menjalankan pertandingan sukan Bowling Sekeluarga! Ada rancangan kena ada duit? Mana sumbernya? Setelah bersetuju, masing-masing datang dengan pelbagai idea untuk mengumpul wang dana. Tujuannya ialah untuk membeli kemeja T untuk setiap pemain, membeli hadiah untuk pemenang dan sebagainya.

Cara untuk mencari wang juga ada pelbagai. Satu daripadanya ialah acara mencuci kereta jiran tetangga dengan upahnya RM10.00 satu kereta. CUCITEENS (nama kumpulan pencuci kereta) cuma beroperasi setiap harti Ahad pagi sahaja. Setakat ini, mereka sudah berjaya mengumpulakan lebih kurang RM200.00 untuk dua hari Ahad. Tujuan mereka bertindak demikian adalah untuk menunjukkan kepada masayarakat akan dayausaha mereka mencari wang sendiri untuk membuat sesuatu tugasan dan bukan hanya meminta sahaja. Kami ingin tanamkan semangat berusaha dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa wang bukan mudah untuk kita dapat. Tahniah kepada Cuciteens!!! Mereka akan terus mancuci setiap minggu sehingga akhir bulan Mei!

Projek pengumpulan wang yang kedua ialah mengadakan JUMBLE SALE! Ada pelbagai gerai akan dibuka. Pelbagai benda akan dijual dengan harga yang berpatutan. Selain dari pakaian dan makanan, beberapa cadangan untuk acara-acara sukan lasak seperti wall climbing dan absailing. Diharapa agar ramai anak-anak muda datang berkunjung untuk mencuba acara sukan tersebut.
Bagi kanak-kanak kecil tidak dilupakan. Ada cadangan untuk mengadakan acara Clown untuk sikecil.

Segala yang dirancang dan dijalankan dengan ikhlas pasti akan berjaya. Insyaallah. Ini adalah antara penyebab aku kurang mengarang. Kesian blog aku. Apapun akan kulaporkan lagi.

3 comments:

  1. thank you Mr Azim. Mak Teh dan Alongakan buat yang terbaik. salam utk semua orang OK.....bye.

    ReplyDelete