Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru....

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru yang aku kenal dan tidak kenal....janji cikgu!

Tarikh 16hb Mei adalah satu hari yang amat dinantikan oleh semua orang tidak mengira bangsa mahupun usia. Tarikh keramat itu adalah tarikh sambutan Hari Guru! Tidak kira siapa kita, dimana kita berada, berapa bayak harta kita, miskin atau kaya, susah atau senang, baik atau jahat...kita semua pernah berguru! Kita mula kenal manusia lain yang menyayangi kita dan merupkan tempat kita mengadu seperti ibu bapa kita setelah kita masuk hari pertama ke sekolah samada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti...orang itu ialah guru kita.

Guru adalah satu profesyen yang sangat unik. Perlu banyak ilmu pengetahuan am yang tinggi, perlu pengorbanan dari segi masa dan tenaga, perlu banyak bersabar, rajin dan tidak berkira,tegas dalam berbicara, bijak dalam mengendalikan suasana dan petah berkata-kata. Jika sesorang guru itu berperibadi sebegitu, itulah guru yang paling berjaya. Dalam profesyen ini, tidak ada menjanjikan pulangan wang yang banyak. Bagiku, sebanyak mana
pun gaji yang diberi kepada guru, tidak dapat membalas jasa mereka. Yang ada pada seseorang guru di hujung hari ialah kepuasan hati iaitu apabila pengajarannya dapat difahami oleh anak didiknya.

Namun, pekerjaan ini kini manjadi kian mencabar. Guru tidak boleh berpandu kepada buku teks sahaja dalam menyampaikan ilmu malah perlu lebih dari itu. Yang pasti guru mestilah banyak membaca dari akhbar, novel, majalah, internet dan sebagainya. Ini adalah kerana kanak-kanak zaman sekarang sangat bijak dan banyak membaca. Mereka mendapat sumber ilmu dari pelbagai cara termasuklah pergaulan mereka dengan dunia luar, melalui internet dan sebagainya.

Namun bagiku ilmu yang sebenarnya yang mereka dapat ialah dai guru mereka di bilik darjah. Dalam agama kita pun berkata, mencari ilmu mestilah berguru. Begitulah murninya nilai profesyen ini di mata Allah. Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya ilmu agama malah segala jenis ilmu yang memberi faedah kepada semua walaupun hanya mengajar membuat sambal tumis! Pahala menanti dan diberi setiap kalai orang yang diajar itu menggunakan ilmu tersebut!

SELAMAT HARI GURU, CIKGU.....JASAMU AKAN DIKENANG SELAMANYA!!!!

No comments:

Post a Comment