Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidil Fitri

Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berebut-rebut melipatgandakan amal ibadah dengan mengaharapkan ganjaran pahala yang banyak sebagaimana yang dijanjikan Allah SWT. Berebut-rebut mengadakan majlis berbuka puasa dengan menjemput mereka yanmg kurang bernasib baik seperti ibu ibu tunggal, anak-anak yatim dan orang miskin. Sebak hati melihatkan kedaifan mereka. Timbul rasa syukur dengan rezeki yang Allah berikan selama ini. Bersyukurlah dengan rezeki yang melimpah ruah...dapatlah kita mengeluarkan zakat, bersedekah dan berbelanja ke jalan Allah. Semoga Allah menerima usaha murni itu.
Kini kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431Hijrah. Tahun ni, adalah kali pertama dalam hidup aku tidak berbelanja besar....ala kadar saja. Mungkin sebab faktur usia. Kuih pun aku tak beli kecuali dua bungkus kerepek perasa BBQ dari Tanjung Malim. Kuih yang berlambak atas meja di rumah aku tu adalah pemberian para sahabat.....17 jenis semuanya!!! MasyaAllah. Bukan sahaja banyak dan pelbagai tetapi sedap pulak rasanya! Semoga Allah memurahkan rezeki mereka! Sebut pasal baju .....tahun ni keluargaku mengenakan pakaian lama sahaja. Kalau ikutkan hati memanglah nak beli tetapi mestilah berpijak dibumi yang nyata. Pakaian lama yang masih cantik dan muat lagi penuh tergantung dalam almari......takut aku jadi orang yang tamak. Suamiku ada juga menyebut yang aku sudah lama tidak membeli baju baru tapi aku diamkan sahaja. Bagiku cukuplah dahulu...bila perlu nanti, aku belilah!!!
Bagiku sambutan Aidil Fitri tidak sehebat aku dan seisi keluarga menyambut Ramadhan. Aku cuba terapkan keindahan dan kebesaran bulan Ramadhan kepada semua ahli keluargaku dengan melakukan pelbagai aktiviti seprti menghadiri kelas-kelas Ilmu Agama, mengaji , ke masjid untuk Solat Tarawwikh dan Qiamulail setiap malam sebelum bersahur. Aku merasa puas melakukan semua itu dan berharap agar kami diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan selama-lamanya. Insyaallah!
Malam Raya, rumahku di datangi sekumpulan jemaah Masjid untuk bertakbir Raya. Seperti biasalah, aku yang sememangnya tidak mempunyai pembantu rumah, terpaksa memulakan tugasku lebih awal dari orang lain. Kena kemas rumah, susun hiasan, susun kuih Raya dalam balang, sediakan buah tangan untuk tetamu, masak Kuzi Ayam dan Kuzi Kambing (terima kasih kepada sahabatku Cikgu Ikram dan isterinya Cikgu Akhtar yang mengajarku), pergi beli roti dan sebagainya...sehinggakan membuat label makanan dan menyusun meja ...semuanya tulang empat kerat inilah yang melakukannya!! aku sendiri pun tak percaya dengan kudrat yan Allah berikan ini. Aku bersyukur kepada Illahi kerana memberi aku kesihatan yang baik, fikiran yang tenang dan kebijaksanaan. NAsib baik rumah kami adalah rumah terakhir....kena tunggu hingga jam 12.20 malam baru sampai dan selesai kemas dapurku tepat jam 2.30 pagi......
Kerana letih yang tidak terhingga, walaupun jam telah kami kunci jam 4.30pagi, kami terjaga jam 6.08pagi. Ketika itulah aku bertanya pada diriku sendiri...adalah sudah alpa aku akan kewajipan kepada Illahi? Adakah aku sudah mula lalai? Adakah amalanku selama Ramadhan tidak diterima? Nauzubillah Min Zalik!!! Itu menakutkan aku! Langsung aku memohon keampunan dariNya dan memohon agar aku tidak lupa dan lalai lagi. InsyaAllah!!
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Berpuasa Enam. Rebutlah peluang membuat pahala yang Allah berikan kepada kita untuk Syawal ini....