Monday, May 3, 2010

Esok...genaplah sudah!!

Setiap tahun, pada tarikh keramat itu........akulah manusia paling bahagia. Aku tak pernah pun tertunggu-tunggu akan datangnya ia sebab aku pasti ia akan tiba. Bila aku melahirkan anakku yang pertama 26tahun yang lampau, barulah ketika itu dan disaat itu aku terkenangkan bertapa susahnya arwah Mak melahirkan aku . Ketika itu baru aku sedar bertapa besarnya pengorbanan arwah Mak yang mengandungkan dan melahirkan serta membesarkaan aku bersama adik beradikku. Sakitnya semasa melahirkan anak tak boleh dibayangkan ....rasa seperti mahu putus segala urat-uratku. MasyAllah....mulalah aku berfikir, macamanalah arwah Mak melahirkan kami semua? Hebat wanita itu. Patutlah Allah meletakkan Syurga dibawah tapak kaki ibu. Patutlah segalanya ibu yang datang dulu. Sedih aku terkenangkan pengorbanan arwah Mak dan arwah Abah . Aku kini hanya mampu berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat dan semoga dapatlah kami bersama diSyurga nanti. InsyaAllah.
4hb Mei ialah tarikh aku dilahirkan. Semasa hayatnya masih ada, arwah Abah mengatakan bahawa sepanjang Mak hamilkan aku, arwah suka sangat berjalan, membeli belah dan sebagainya. Yang melucukan ialah Mak sakit nak bersalin semasa di atas motosikal ketika pulang dari membelibelah di Singapura! Bayangkan bertapa jauhnya perjalanan mereka ke Kota Tinggi! Abah tinggalkan Mak di rumah dan terus memanggil bidan. Sampai saja bidan di rumah, aku dah selamat dilahirkan sendiri oleh Mak! Hebat sungguh wanita itu. Patutlah aku kuat berjalan dan kuat berbelanja. Hahahahahahaha. Percaya atau tidak. segala apa yang kita kerjakan semasa kehamilan, akan jadi ikutan anak itu nanti. Contohnya akulah! Hahahahahhaha.......Terima kasih Mak!!! Bertapa aku merinduimu berdua.
Esok, genaplah umurku selesai 48tahun dan masuk 49tahun. Yang penting masih berkepala 4. Banyak lagi kekurangan dalam diriku. Banyak lagi tugas yang belum selesai dan banyak lagi yang boleh kulengkapkan diriku ini. Doaku buat diriku ialah...semoga Allah memanjangkan umurku, memberi aku kebahagiaan bersama suami, anak, cucu,jiran, saudara mara dan kenalanku serta mengurniakanku dengan kesihatan yang baik, mempertingkatkan imanku, menutup aibku, jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang baik dan membanggakan...pokok pangkalnya semoga Allah memeberikan segala yang terbaik pada aku dan menjauhkan segala keburukan dunia dan akhirat dariku serta seisi keluargaku. Semoga Allah memakbulkan doa perempuan ini!!
Amiiiinnnnnnn............