Tuesday, June 21, 2011

Bila cucu sakit....

Omaaaaaa........Ammar sakit poyot...jangan!...jangan!......Ammar sakit poyot........A'mmar sakit poyot......

Kejang kaki dan tangannya, meungging-nungging, menyondol-nyondol tak tentu hala menahankan kesakitan. Kami semua hanya mampu untuk melihat dan basahlah pipi kami dengan air mata melihatkan keadaan cucuku itu...... Ya Allah....kesiannya....
Selama beberapa hari, hati kami cemas, sedih, bingung mengenangkan si A'mmar. Bila doktor mengatakan yang usus kecil Ammar tersedut masuk ke dalam usu besarnya, kami bertambah bingung. Rupanya penyakit yang dipanggil 'Interssussecption' ini ada pada kanak-kanak yang berumur sekitar 1 hingga 5 tahun. Bila ditanya bagaimana ia boleh terjadi? Rupanya 85% berlaku tanpa sebab..natural cause!


Selepas di X Ray dan Ultrasound, doktor memasukkan cecair pewarna ke dalam usus A;mmar melalui duburnya. Sebelum itu A'mmar diberi ubat pelali supaya apabila proses dijalankan, dia tidak sedar atau merasa sakit TETAPI lain jadinya, A'mmar sedar sepenuhnya dan jeritannya membuatkan jantung ibunya bagai nak gugur! Kemudian doktor jalankan rawatan 'Barium" iaitu memancutkan tekanan air melalui rongga yang sama supaya usus kecil itu keluar semula ke tempat asalnya. Alhamdulillah, 'SUCCESSFUL' katanya tetapi doktor meminta A'mmar ditahan diwad untuk pemerhatian!

Selama 12 jam pertama, A'mmar agak relax walau pun sesekali dia kata sakit tapi tidak ada proses menungging, kejang dan sebagainya. Kami semua merasa lega dengan keadaannya dan sebaik saja kami sangka bolehdi bawa pulang, tiba-tiba A'mmar mengadu sakit yang teramat sangat seperti kali pertama dulu. Kami cemas lagi dan kali ini doktor mencadangkan rawatan selanjutnya iaitu pembedahan!

Masa tu aku tak dapat menahan airmata lagi. Anakku, ibu Ammar, cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaannya yang bercampur baur antara kasihan, sedih, takut, cemas dan sedikit sesalan! Aku dapat rasakan itu semua. Pakar kanak-kanak tersohor iaitu Dato Dr Zakaria yang akan menjalankannya. Mendengarkan namanya, hati kami sedikit terubat kerana kini A'mmar ditangan seorang pakar dan kami berserah pada Allah.

Tiba masa cucuku di bawa masuk ke OT. Aku tidak sanggup melihatnya di bawa pergi. Aku tinggal seorang diri di bilik wadnya, bilik 518 dan aku solat hajat mohon pertolongan Allah. Dengan siapa lagi harus kita minta setelah segala usaha dilakukan, hanya redho dan berserah pada Allah! Tidak sampai 30 minit, Hana, ibu A'mmar dipanggil doktor ke OT. Sekali lagi kami cemas. Naik pucat wajah kami! Rupanya doktor memberitahu bahawa pembedahan telah selesai dan A'mmar selamat. Alhamdulillah.

A'mmar di dukung ibunya masuk ke dalam wad dan malam itu dia tidur senyenyak-nyenyaknya. Tiada lagi rasa sakit poyot, tiada lagi mengerang dan menjerit kesakitan, hanya tidur dengan nyenyak. Syukur Alhmadulillah.

Selepas 18 jam, Ammar sudah kembali aktif dan normal seperti sediakala. Di ajaknya ibunya berjalan ke seluruh tingkat 5 dengan membawa bersama belon-belonnya. Lega kami.

Kami ingin mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada semua sahabat, jiran tetangga, saudara mara dan kenalan kami sekeluarga jauh dan dekat yang telah bersusah payah meluangkan masa melawat A'mmar di hospital dengan membawa pelbagai juadah dan hadiah beserta doa buat cucuku itu. Semoga Allah membalas segala budi baik kalian dengan kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Budi baik kalian tidak akan kami lupa selamanya dan semoga A'mmar membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kita semua. InsyaAllah.

Muhammad A'mmar bin Muhammad A'sim dilahirkan 11/11/2009. Maka pada tahun ini 11/11/2011 A'mmar genap 3 tahun. Sebagai nenek, aku masih ingat lagi bertapa comelnya cucuku ini semasa baru dihirkan. Perfect! Aku bersyukur kedua anak dan ibu selamat. Semoga A'mmar kekal sihat dan ceria.

Bagi kebanyakan orang, tarikh itu tarikh keramat...maka berebut-rebutlah orang mengadakan pelbagai jenis majlis khasnya pertunangan, pernikahan, perkahwinan dan sebagainya pada tarikh tersebut....11/11/11....cantik giler! Oleh kerana itu, perhatikanlah bahawa pada tarikh tersebut kita akan mendapat banyak undangan di sana sini dan ini akan memeningkan kepala....yang mana satu mau pergi?

Kami sekeluarga juga merancang untuk menyambut Hari Lahir Ammar yang ke3 tahun ini. Seperti biasa kami bercadang untuk mengadakan majlis doa selamat ..Insyaallah! Semoga segala hajat dan permintaan kami buat anak kecil ini di redhoi Allah. Wahai cucuku, besarlah kamu menjadi anak yang soleh, beriman, cerdik, pandai dan segala yang terbaik buatmu.