Sunday, December 16, 2012

     Bulan Disember merupakan bulan yang paling aku sekeluarga nanti-nantikan. Bulan Disemberlah bulan paling sibuk buat kami. Mengapa?

10 Disember 1983, kami suami isteri selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah bahgian sehingga kini dan semoga terus berbahagia selamanya.  15 Disember tahun berikutnya anak sulong kami selamat dilahirkan. Sihat dan sangat comel. Selang dua tahun pada 26 Disember , anak kedua kami pula dilahirkan. Sangat sihat, bulat dan lebih besar dari kakaknya. Lengkap hidup kami. Pada tahun 2007, anak sulong kami menjadi milik orang. Pada 14 Disember kami telah menikahkannya dengan pilihan hatinya, Alhamdulillah. Bertambah lengkap hidup kami. Kini hidup kami di ceriakan dengan kehadiran dua orang cucu lelaki.
Semasa kami di Johor Bahru. Along 6tahun dan adik 4 tahun.

Setiap tahun, kami akan menyambut tarikh-tarikh  penting hidup kami bersama. Selalunya akan adalah acara bertukar-tukar hadiah tanda peringatan. Kadang-kadang tanpa hadiah sekadar ucapan sahaja. Akan tetapi kami akan  makan bersama tanda kesyukuran kepada Illahi.

Tetapi tahun ini agak berlain sedikit. Kerana bertambahnya umur, kami suami isteri hampir terlupa akan tarikh Ulangtahun Perkahwinan kami yang sudah genap 29tahun...maklumlah! Bila kami teringat, hari sudah agak lewat! hahahahaha.....nasiblaaaaa. 

Anak  sulong kami pulak terpaksa menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinannya yang ke5 dan Hari Ulangtahun Kelahirannya yang ke28 tanpa suaminya disisi kerana urusan kerja luar daerah! Tapi hatinya memang cekal. Bertuah suaminya punya isteri yang tidak emo. Happy Birthday and Happy Anniversary Along!

Semalam, suami dan kedua anak kami berpakat menghadiahkanku sebuah telefon bimbit yang baru 3 hari di pasaran.....iPhone 5!!!!! Panas..Panas...Panas....... Tidak semua kedai yang punya stok tapi kami memang bernasib baik! Tidak ada yang percaya ia sudah ada di pasaran tapi kami  dapat!!!!Hampir pengsan aku dibuatnya! Tak percaya tapi nyata!!! Sebenarnya Blackberryku dah banyak kali buat hal tapi masih aku gunakan walaupun suami mendesak beberapa kali untuk menggantikan yang baru! Tak sangka kedua anakku menyarankan ayah mereka agar membeli iPhone5 buatku semepena hari jadi anak sulongku dengan alasan Maklah yang sepatutnya menerima hadiah pada hari jadinya kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Terkedu aku! Bila memikirkannya, sememangnya begitulah caranya! Aku jadi sebak dan bersyukur pada Allah! Semoga anak-anakku menjadi orang yang beragama, berjaya dalam hidup dan berbahagia selamanya! Mungkinkah aku akan mendapat hadiah sempena Hari Ulangtahun kelahiran anak bongsu kami? ??? Kalau padi katakan padi......tidak kami tertampi tampi.....hahahhahhahha!








1 comment:

  1. Assalamualaikum Datin/Dato & Hj Azman serta seisi keluarga semoga Allah berkati sempena tarikh hari perkahwinan agar bahagia selalu..Keluarga yg baik anak2 yg abik Insyaallah...lain tahun nak sambut ulang tahun perkahwinan 10 dec sama tarikh kelahiran saya...Dato Datin hj Azman tak ucap kat saya...hahaha salam buat semua.

    ReplyDelete