Thursday, October 11, 2012

Pembersihan hati.

Setiap waktu kita membaca Doa Iftitah. Setiap waktu kita menyerah diri kepada Allah. Kita menghadapkan wajah kita kepada Maha Pencipta dan kita berikrar bahawa solat kita, ibadat kita, hidup kita dan mati kita hanyalah untuk Allah.

Wajah yang dimaksudkan bukan wajah lahiriah yang kita nampak cantik atau hodoh, cerah atau gelap. Tetapi wajah yang dimaksudkan ialah HATI kita. Allah tidak pandang kecantikan wajah, paras rupa, pangkat atau pakaian tetapi Allah pandang Hati kita.

Tiga perkara yang mencacatkan hati kita.....

1...RIAK...seseorang yang solat sendirian tanpa dilihat oleh sesiapa. Berpakaian ala kadar dan tanpa iringan solat-solat sunat. Tetapi apabila orang yang sama pergi solat berjemaah di masjid, banyak mata yang memandang. Solatnya dengan berpakaian paling cantik lengkap dengan solat solat sunat dan berwirid panjang...kerana apa? untuk siapa? Tidak lain dan tidak bukan untuk menunjuk-nunjuk. Elakkan gangguan syaitan ini dengan membaca Surah An Nas .

2...UJUB....seseorang yang syok sendiri. Melihat wajah dicermin dan perasan akan kehebatannya, kecantikannya sendiri. Sikap ini tidak diketahui oleh orang lain tetapi Allah tahu. Ujub akan makan dan binasa amal ibadah kita seperti api memakan kayu.   Ini juga merosakkan hati.

3...SUMAAH....seseorang yang suka menerima pujian dari orang keliling akan kelebihannya. Selagi tidak dipuji, selagi itu jiwanya tidak tenang. Dan apabila dia membuat kesilapan, dan ditgur, dia akan menjadi sangat marah dan tidak boleh mnerima kekalahan......sangat merosakkan hati.

Orang yang ikhlas ialah orang yang berlagak sama walau dimana jua dia berada samada bersendirian atau berjemaah.  

Bagaimana cara kita hendak membersih diri? Banyak caranya. Ustaz kata semasa berada di Tanah Suci ini, seribu satu benda kita boleh akukan untuk menyuci hati kita. Seringan-ringan perlakuan yang boleh kita lakukan ialah menghulur dan menyimpan Al Quran untuk jemaah di sekeliling kita, mengambil beberapa cawan air zam zam dan hulurkan kepada jemaah . MAlah memberi kertas tisuue juga sudah mencukupi. Rendahkanlah diri kita. Kita sebenarnya sangat kerdil di mata Allah. SIapalah kita hendak meninggi diri. 

Saya hanya menyampaikan pesanan Ustaz. Yang baik itu dari Allah yang yang buruk itu dari diri saya sendiri.