Saturday, November 17, 2012

Profesyen......pilihanmu!

          Semasa dibangku sekolah rendah, pada zaman dulu, kita semua kena isi satu kad yang dikenali sebagai kad 001. Antara yang perlu kita isikan dalam kad itu ialah cita-cita kita. Semasa itu juga, cita-cita semua kanak-kanak adalah sama iaitu ingin menjadi seperti bapa mereka. Antaranya iala Guru, Doktor, Askar, Peguam dan sebagainya. Semua profesyen pilihan adalah apa yang kita nampak ketika itu. Tetapi kalau sekarang, pelbagai profesyen pilihan yang boleh kita tuliskan.....hahahaha. Bertapa masa dan keadaan sudah jauh berubah dan bertapa manusia juga turut berubah. Berusahalah dan berdoalah!

Mintalah pada Allah.....

          Semasa menunaikan Haji baru-baru ini, ketika itu kami berada di kota Madinah. Kami mendapat berita yang rumah kami dimasuki pencuri. Habis diselongkarnya satu rumah khasnya bilik tidur utama. Tiada apa yang ditinggalkannya. Bila melihat gambar yang dihantar oleh anak sulong kami, rumah dalam keadaan seperti tongkang pecah. Ketika mula mendapat berita, hati menjadi sangat sayu dan sedih. Manakan tidak, barang berharga yang dikumpul sejak mula berumahtangga sehingga kini lesap dalam sekelip mata. Satu hari satu malam termangu. Menitis juga airmata. Tetapi selepas itu , bila suami menegur, tersentak dan terus redho. Katanya, itukan profesyen mereka. Dipagar bagaimana sekalipun dengan alat penggera kecemasan dan sebagainya, tetap dapat mereka masuk kerana itu kerja mereka. Kerja kita menjaga, kerja mereka mencuri. Kan satu profesyen namanya! Betul jugak! Selang beberapa malam, dalam minggu yang sama, di masuknya sekali lagi. Entah apa yang hendak dicarinya lagi! Lantak kau oranglah. 

Ini saja mampuku...
          Namun begitu , kami tetap bersyukur kerana ketika kecurian, tiada sesiapa yang berada di rumah. Nasib baik anak sulong kami berada di rumahnya sendiri. KAlau tidak.....Nauzubillah! Tak sanggup aku nak membayangkannya! Sebelum pulang dari Tanah Suci, kami mendapat berita yang beberapa orang pencuri yang modas operandinya serupa seperti kediamanku ditangkap polis. Padan muka kau orang! Nasib baik ada profesyen polis yang menjaga keselamatan kita. Alhamdulillah.

          Oleh itu, latihlah anak cucu kita supaya memilih profesyen yang betul dan yang menjamin masa depan mereka. Tetapi pengetahuan agama WAJIB diketengahkan dahulu kerana ia menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat. Insyaallah. Biarlah dia seorang Akautan, Doktor, Pendidik, Kerani, Peguam dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama dia juga  Hafaz Al Quran...Masyaallah.                                                                            



          Itulah cita-citaku buat cucu-cucuku dan seluruh waris keturunanku! Tiada yang mustahil kerana kini sudah ada golongan profesional yang hafaz Al Quran!