Wednesday, November 21, 2012

Terima Kasih dari kami.....

               Menjemput itu SUNAT tetapi menghadirkan diri memenuhi jemputan itu WAJIB. Begitulah hebatnya  Islam! 
               Baru-baru ni kami menghadiri satu Majlis Perkahwinan di Putrajaya. Meriah! Manakan tidak, yang menjemput kami ialah guru kami Ustaz Haji Muhammad Farhan b Wijaya. Boleh dikatakan majoriti anak-anak murid yang sama bertalaki di rumah kami hadir ke majlis tersebut. Yang membezakan ialah cepat atau lambat sahaja. Terima kasih Ustaz dan keluarga atas jemputan.

Bersama Ustazah Intan dan Kak Leha.

Anak-anak murid Ustaz sentiasa ceria...

Imam Masjid Negeri Sheikh Karim mengalunkan Salawat mengiringi kedua mempelai..

Pasangan mempelai yang diraikan...Ratna danZul. Semoga berbahagia selamanya.

Ustaz  Haji Farhan membacakan doa buat adiknya sebagai hadiah paling istimewa buat kedua mempelai.

Kami bangga jadi rakyat Malaysia!

Kami anak Malaysia...Melayu dan Islam! Alhamdulillah!