Sunday, August 25, 2013

Demi masa.......

Aku punya seorang kenalan. Kalau nak dikatakan  rapat tidak juga. Kalau nak dikatakan akrab jauh sekali.  Tetapi kami sering bertemu di majlis-majlis yang dianjur oleh sahabat-sahabat lama kami. Beliau suami isteri mempunyai sikap yang terbuka, ikhlas dan ramah. Mungkin itulah perkara-perkara yang menyebabkan aku terdorong merapatinya. 

Nak dijadikan cerita, adik iparnya pernah bertugas di syarikat tempat suamiku berkerja dulu. Dan aku pula mengenali ibunya melalui sahabat-sahabatku yang lebih dewasa. MasyaAllah, dunia ini sememangnya kecil. Kita pasti akan menemui orang yang ada hubungkait dengan orang yang kita kenali samada rapat atau tidak. Itu semua kerja Allah. Jodoh pertemuan , ajal maut  semuanya kuasa Allah tetapi, sikap dan perangai kita adalah pilihan kita sendiri. 

Oleh sebab itu, aku dan suami sentiasa bermuhasabah diri untuk menjaga hubungan baik sesama insan dengan tidak mengira siapa mereka kerana satu hari nanti, kita tidak tahu bila dan di mana kita akan menemui atau terserempak dengan orang itu atau orang yang ada hubungan kekeluargaan atau kawan-kawannya yang pernah diceritakannya tentang diri kita. Ketika itulah kita boleh menilai diri sendiri... manusia jenis apakah kita ini, disukai dan dirindui atau dibenci!

Aku mengingatkan diriku sendiri serta ahli-ahli keluargaku, tidak ada hinanya kita merendahkan diri kita. Setinggi mana sekalipun pangkat atau darjat kita,  berkuasa sehebat mana sekalipun diri kita di dunia ini, ingatlah bahawa ia bersifat sementara sahaja. 

Pilihan untuk dikenangi sebagai orang yang sebagaimana selepas ketiadaan kita adalah pilihan kita sendiri.  Aku ingin dikenangi sebagai manusia yang baik. Semoga apa yang disebut orang satu ketika nanti, bakal membantuku di akhirat nanti. Akan kucuba menjadi insan yang baik walaupun tidak sempurna kerana aku sedar yang manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan dan kesalahan..... Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahanku.....






Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan....
Yang beriman dan beramal soleh

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan siakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan....
Yang beriman dan beramal soleh







No comments:

Post a Comment