Tuesday, September 10, 2013

Pengalamanmu mengajarku....

Meet the Yems!
Tiba-tiba telefonku berdering. Aku pun menjawab. Oh..... seorang jiran menjemputku ke rumahnya selepas Zohor untuk bersembang kosong. Terkesima seketika aku dibuatnya. Bukan semua jiran dijemputnya, hanya rumah yang berhampiran dengannya dan yang paling jauh ialah diriku ini. Seronoknya bila diingati...Alhamdulillah.

Then!

Now!
Yang hadir kesemuanya adalah pangkat kakak-kakak belaka. Kononnya akulah yang paling muda. Seronok bersembang secara terbuka dengan mereka kerana banyak yang boleh kita pelajari dari pengalaman hidup mereka. Bak kata orang tua.... mereka makan garam dulu......benar, sangat benar!
At a niece wedding.
Tajuk perbincangan hari ini ialah persaudaraan. Terpegun aku dengar cerita tuan rumah tentang perhubungan persaudaraan diantara adik-beradik sebelah suaminya. Sungguh rapat. Mereka saling menghormati mengikut hairaki kedudukan yang sulong hingga ke bongsu. Tiada ada rasa dengki, khianat atau sebagainya. Kebetulan abang yang sulong punya rezeki yang lebih, maka setiap adik-adiknya dijaga dengan penuh kasih sayang, adil dan saksama. Apa saja urusan keluarga mestilah merujuk kepadanya untuk mendapat kata putus darinya. Isterinya pun memainkan peranan yang sangat baik sebagai kakak ipar yang sulong. Subhanallah. Mereka berasal dari selatan  dan setiap orang adik-beradiknya dibinakan sebuah rumah siap dengan kelengkapannya sekali !  Bukan rumah murah yang disediakan..... rumah mewah! Pegangannya ialah, jika dia mampu hidup mewah sebegini, adik-adiknya pun mesti merasakan yang sama juga! Ya Allah, hebatnya hambaMu ini.
Kak Chah, the proud owner of CLK!
(Cute Little Kancil)
3 generations
Number 7, number 1 and number 8!
Setiap anak sulong kepada adik-adiknya yang ingin berkahwin akan ditanggung sepenuhnya olehnya. Bagi adik beradik yang lain, mereka juga memainkan peranan masing-masing mengikut kemampuan mereka. Ada yang membuat pelamin, membuat hantaran, mengemas, memasak dan sebagainya. Pokok pangkalnya, semua tahu tugas masing-masing dan tidak ada rasa hasad dengki diantara mereka. Subhanallah. Langsung aku terfikir bagaimanakah cara ibu-bapa mereka membesarkan lapan orang anak dan kesemuanya bersatu hati!  Aku sungguh cemburu!



 
Bonding time
Kisah kedua ialah tentang sebuah keluarga  sembilan orang anak. Suami jiranku ini adalah anak ketiga dalam keluarga. Di atasnya ialah dua orang kakak.  Oleh kerana dibelengu kemiskinan , kedua kakaknya tidak dapat menghabiskan persekolahan mereka. Sebagai anak lelaki sulong, maka dia disekolahkan hingga mencapai kejayaan ke menara gading. Apabila dia mula bekerja, sebahagian besar pendapatannya suami isteri diagih-agihkan untuk keseluruhan keluarganya termasuk kedua belah orang tua mereka dan menampung perbelanjaan persekolahan kesemua adik-adiknya sehinggalah mereka berjaya didalam kehidupan mereka. 

Muhammad 'Aafi
Sejak mula bekerja, sehinggalah sekarang dan selamanya, dia mengadakan satu dana untuk perbelanjaan bulanan kedua orang kakaknya yang baginya telah berkorban untuk memberinya laluan mendapat pendidikan dan berjaya dalam hidupnya. Dana itu diperuntukan untuk perbelanjaan kedua kakaknya dan saudara-maranya yang miskin. MasyaAllah! Bertapa hebatnya dia. Cemburu aku dibuatnya.

With Muhammad A'mmar
Malangnya, tiada keakraban diantara adik-beradiknya. Tidak ada persefahaman  malah ada rasa dengki dan punya sifat tidak puas hati, berkira dan segala beban diletakkan di atas bahu  abang yang satu ini! Tetapi, nasibnya baik punya isteri yang sangat memahami dan penyayang!  Seorang teman yang sanggup bersama dimasa senang, susah, suka dan duka amatlah membantu.  Itulah sebabnya agama Islam memberi garis panduan untuk mencari calun isteri....keturunan, rupa, harta, agama ...... sangat dititikberatkan. 


Sibblings


Cousin brothers and sisters.
Bila kudengar cerita luahan hati dan perasaan mereka, jelas terpancar keikhlasan diwajah mereka. Pertanyaannya, mampukah aku mencorakkan keluargaku seperti itu? Tiada yang mustahil. Jika tidak dapat mengubah semua sekurang-kurangnya mesti ada usaha. Nasihat mereka jangan ada sedetik di dalam hati kita ingin menerima pujian mahupun rasa tidak puas hati.....mesti ikhlas dan banyakkan berdoa. InsyaAllah akan kucuba.  

With big brother Man.
Our  brothers' wives......
Kepada semua adik beradikku dan anak-anak saudaraku, marilah kita sama-sama cuba mengubah kearah kebaikan. Bermula dengan menghormati yang lebih tua dari kita. Kita buang karat di dalam hati dan fikiran kita, kita mulakan hidup baru. Tidak ada yang mustahil!  Tanpa usaha kita tidak akan berjaya.