Tuesday, March 18, 2014

Selamat Hari Jadi

Gila kereta tetapi tidak suka memandu
Gemar makanan tapi kurang makan
Tak suka bising tapi banyak bercakap
Suka bergurau tetapi serius....

Itulah antara kelebihan suamiku. Setiap insan dilahirkan didunia ini pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing supaya kita sama-sama memerlukan. Sebab itulah kita kena berteman. Kekurangan kita bisa ditutup dengan kelebihan teman dan begitulah sebaliknya.

Hari ini 18 Mach 2014, suamiku yang menikahiku dan berkongsi hidup selama lebih dari 30 tahun, menyambut Hari Ulangtahun Kelahirannya yang ke 61. Bagi seorang yang berusianya, kukira dari segi fizikal dan mental, suamiku masih hebat lagi. Tidaklah perfect tetapi Alhamdulillah! Ramai yang seusianya  tidak senasibnya. Malah ada teman yang sudah mula berubah langsung fizikalnya seperti gigi dah tiada, uban melebih rambut hitam, perut dah boroi dan pelbagai ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari. Dari segi itu, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan yang terbaik buat suamiku. Alhamdulillah.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 61 buat suami tercinta. Doaku semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah.