Sunday, July 20, 2014

Selamat Hari Jadi CDS     


Ahad 20 Julai 2014 bersamaan 22 Ramadhan 1435H, maka bertambahlah umurnya setahun lagi. Beberapa orang teman yang berkelapangan dijemput oleh beliau dan isterinya ke dusun buah-buahan mereka di Lembah Temir, Raub, Pahang.  Alhamdulillah Allah kurniakannya kesihatan yang sangat baik.  Tahniah buat isterinya yang telah menjaganya dengan sempurna.



  






              Seperti biasa kedatangan sahabat handai disambut dengan penuh ramah mesra oleh kedua suami isteri tersebut.  Sahabat yang datang dari merata tempat sejauh Kuantan, Bangi, Damansara, Shah Alam dan Gombak. Pertemuan sekumpulan sahabat dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Alam Shah sememangnya sentiasa dinanti-nantikan mereka. Persahabatan yang kini sudah berusia 40 tahun! Bayangkanlah bertapa mesranya mereka bak bersaudara.  Setiapkali bertemu pasti berpelukan dan bersalaman sambil mata memandang antara satu sama lain.  Bertapa bersyukurnya mereka dapat bertahan sebegitu lama.






                  Sebenarnya, kumpulan ini bergerak dan bergiat aktif membuat pertemuan bulanan yang akan dianjurkan antara mereka mengikut giliran.  Pernah pertemuan kumpulan sahabat ini diadakan di Pantai Timur iaitu di negeri Terengganu dan Kelantan.  Ramailah sahabat seangkatan mereka yang dari kedua kawasan itu dihubungi. Bayangkan ada diantara mereka yang telah terpisah tanpa khabar berita dan hanya bertemu kembali setelah 40 tahun terpisah!  Gamat!  Memang gamat!  Sehingga ada yang menitiskan airmata.







    

                 Hari ini Tuan Haji Che Din Sulaiman (mesra dikenali dikalangan sahabat sebagai CDS atau Pak CD) menyambut Hari Ulangtahun Kelahirannya yang ke 61.  Seramai  12 orang teman beserta isteri masing-masing hadir untuk bersama- sama meraikannya.  Bolehlah dikatakan yang mereka bernasib baik kerana para isteri sudah mengenali dan sangat mesra antara satu sama lain dan ikatan persahabatan kami seakrab mereka juga. 







    



                 Memandangkan ini bulan Ramadhan, kami mulakan dengan majlis Iftar.  Sebagaimana biasa, isteri CDS, Hajah Wan Remlah, yang memang terkenal dengan hasil air tangannya, telah menjamu kami dengan pelbagai juadah masakannya sendiri yang sememangnya sedap dan lazat. Antara juadah yang dihidangkan ialah Nasi Putih, Gulai Ayam, Ayam Kampung Goreng, Sambal Tempoyak, Terung Berlada, Rendang Hati Lembu, Sambal Tumis Sotong beserta dengan Bubur Lambuk, Pulut Pangang, Puff Durian, Kuih Lopes, buah tembikai, buah rambutan, buah manggis dan pelbagai jenis minuman!  Masyaallah.  Terkedu kami melihat jamuan tersebut dan  sehingga bingung untuk memilih makanan mana yang harus dimulakan dahulu!







                Selesai iftar, kami ke tingkat satu bangunan baru Lembah Temir Eco Resort yang juga menemp├átkan 12 buah bilik tidur tetamu.  Kami terus ke Dewan Solat dan mengerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawwih secara berjemaah dan  telah diimamkan oleh tiga orang imam muda yang hafaz Quran.  Masyaallah!  Syahdunya....








                Semasa Moreh, HWR telah menyediakan Pulut Kuning pulak sebagai tanda kesyukuran khatam Al Quran untuk anak lelaki sulongnya Hafidz yang merupakan seorang anak bujang yang bertugas sepenuh masa di resort tersebut bersama bapa saudaranya Zul.  Setiap hari, bukan hanya di bulan Ramadhan, kegemaran Hafidz di waktu lapangnya ialah  membaca al Quran!  Subhanallah!



               Disamping hidangan Pulut Kuning, kami dikejutkan pula dengan lambakan durian Musang King hasil dari kebun Lembah Temir Eco Resort.  Isi durian yang mengkal, lembut dan berkrim sangatlah sedap.  Dikatakan bahawa pada hari yang lebat gugur durian di dusun, hasil pendapatnya boleh mencecah beribu ringgit sehari.  Itulah berkat orang yang banyak bersedekah!





  

                    Tepat jam 3 pagi hari Ahad, sebagimana yang telah dicadangkan oleh CDS, kami bangun dari tidur dan mengerjakan Qiamulail secara berjemaah dengan dimulai oleh Solat Taubat dan Solat Hajat masing-masing dua rakaat dan diikuti 4 rakaat Solat Tasbih dalam dua salam. Betapa seronoknya hati kami kerana dapat beramal ibadah bersama- sama teman karib. Setiap pemberian Allah kita didahului dengan memanjatkan kesyukuran.  Syukur Alhamdulillah.


 




  


                 Kami, teman-teman CDS dan HWR, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas jemputan ke Lembah Temir Eco Resort.  Kami berdoa semoga Allah menambahkan lagi rezekimu sekeluarga dengan memberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang!  Semoga tali pershabatan ini kekal hingga ke Jannah.  Insyaallah!


SELAMAT MENYAMBUT
HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN
YANG KE 61.