Sunday, May 22, 2016

SAWADEEKAAP......Kisah Pengembara SiTua 2016

          




           Permusafiranku kali ini merupakan sebuah pengembaraan. Pengembaraan ini penuh dengan tidak ketentuan. segalanya telah difikirkan tetapi walau sebanyak mana dan sehebat mana persediaan, kekurangan pasti ada. Itu lumrah. Begitulah  ibaratnya kehidupan kita di dunia ini untuk menuju ke destinasi terakhir kita penuh dengan pelbagai persiapan dan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Apakah mencukupi bekalan kita untuk ke sana nanti? 



           Sahabat karibku Che Norliah dan suaminya Adam sudah berkali menjelajah Siam hingga ke Phnom Phen. Hanya mereka berdua sahaja. Apabila mereka bercadang untuk ke Siam lagi dan terus ke Utara Siam, kami dijemput untuk turut serta. Pelbagai soalan bermain di kepala.




1... Mampukah badan tua ini untuk bertahan perjalanan jauh di negara asing, jauh dari keluarga, taulan dan kehidupan biasa?


2... Bolehke kami saling bekerjasama dan bertolak ansur....

3... Selamatke kami nanti dengan pelbagai ancaman, bom dan tembak disana sini.....



          Macam macam soalan yang kami tanya dan bincang dan akhirnya, kami bertawakal. Kami berdoa dan berserah.  Allah Maha Mengetahui. Kami ingin melihatdan merasa kan kebesaranNya... Insyaallah Selamat.  




         Dalam Islam, adat untuk bermusafir beramai , kita kena lantik ketua dan semua keputusan hanya ketua saja yang memutuskan. Kami melantik Adam sebagai KETUA. Beres.




         Kami bertiga punya tugasan masing-masing. Suamiku Ibrahim menjadi juru tunjuk jalan atau 'navigator' dengan bantuan Google Map dan Waze. Sungguh tepat tetapi ada masa kena guna akal sendiri juga. 




         Aku tukang jaga duit atau 'banker'. Perbelanjaan terbahagi kepada empat bahagian iaitu MINYAK, MAKAN MINUM, PENGINAPAN dan MESERBA. Perbelanjaan MESERBA termasuklah kudap-kudapan, pasar, tabung masjid, tips buah tangan dan sebagainya. Semua perbelanjaan kita bahagi sama banyak. Setiap orang keluarkan RM2,000.00 sahaja dan kita tukar semua pungutan Ringgit Malaysia ke Thai Baht. 




         Che Norlia bertugas sebagai tukang masak. Pelbagai jenis makanan dibawanya. Kudap-kudapan dan air minuman panas sentiasa tersedia dalam kereta. Jika terdapat kesulitan mendapatkan makanan halal, beliau akan masak untuk kami.




         Adam sebagai Ketua juga bertindak sebagai Pemandu Utama dan aku co-pilotnya. Untuk seorang yang sudah berusia 67tahun, Adam adalah seorang lelaki yang sangat sihat dan kuat. Beliau mampu memandu selama 7 jam berterusan. Sesekali belau akan berhenti untuk segarkan diri dan cerahkan mata.... merokoklah jawabnya....




        Walaupun kami punya tugas khas  dan tanggungjawab masing- masing, kami saling membantu. Semua tugas dilakukan bersama. 




Yang paling utama ialah ikut arahan ketua!!


Pengembara SiTua 2016