Wednesday, January 2, 2019

Bila senja berlabuh


Senja 28 Disember 2018
Kuala Sepetang

Bila senja berlabuh
Sang mentari mengundur diri
memberi laluan kepada si purnama
 menyinari bumi
ketika itu...
kesunyian melanda 
Bila bersedih
hati menjadi tidak keruan
ketika itu...
tiada apa yang mampu kukerjakan
tiada yang dapat kufikirkan
aku menjadi lesu 
Siang terasa teramat singkat
malam terasa terlalu lama
jiwa dihuni kesepian
emosi terganggu
mata dipejam tetapi tak lelap
Keseorangan
Kesepian
Al Quran penemanku
Bait-bait kalimahMu
Seolah-olah berkata kepadaku
Ya Allah....ampunilah
kasihanilah
tenangkanlah jiwa dan perasaan ini
berikanlah aku kekuatan
tingkatkanlah kesabaran
kepada keluargaku
isteriku dan anak-anakku
Keperluanku
 keinginanku
sedikit cuma
kasih sayang dan perhatian
dari mereka
terima kasih atas pengorbananmu
Allah sahaja yang tahu
bertapa bersyukurnya aku
Ziarah, sokongan moral 
dan ingatan 
dari teman, sahabat dan taulan
kehadiran mereka disekeliling 
mengembalikan semangat juang
melupakan kesakitan walau seketika
gurau senda dan gelak ketawa
bersembang tentang kisah lama
kisah pencapaian,
kisah lucu bersama
suatu ketika dahulu
mengamit kenangan 
aku, dia dan mereka
bibir terukir senyuman
masih ada yang sayang
Alhamdulillah





Menziarahi sahabat ... Pak Yahya di Bukit Sentosa, Rawang
pada  1 Januari 2019

Suatu Penantian


Hari ini kembali kesunyian
tiada lagi teriakan
tiada lagi jeritan
tiada lagi panggilan
kedua kekandanya memulakan sesi persekolahan
Abang Ammar di Tahun Lima
Abang Aafi di Tahun Satu
Semoga kedua kekanda Aaira cemerlang
Kepulangan mereka dinanti
Satu penantian yang
penuh kesabaran
penuh debaran
Mana Raysha?
Mana Rayqal?


Peanantian suatu penyiksaan.
Abang mana?


Raysha dan Rayqal
Sepupu Ammar, Aafi dan Aaira.