Thursday, July 12, 2012

Mencari ilmu itu WAJIB!

Setahun setengah yang lalu, dengan izin Allah, kami berkenalan dengan Ustaz MFW di Masjid Negeri Selangor. Ketika itu aku dan suami ke pejabat masjid untuk mendaftar kelas talaki yang didakan pada waktu malam di masjid tersebut. Kami bercadang untuk mengambil kelas asas dahulu.


Ketika itu, Ustaz sedang sibuk di meja depan melayan kerenah pelawat yang datang dengan pelbagai ragam....ada yang lemah lembut bahasanya dan ada yang meninggi-ninggikan suara meminta penjelasan yang mengelirukan mereka. Kami melihat sahaja telatah Ustaz yang begitu sabar melayan mereka dangan tidak lekang senyuman dibibir. Ketika itu kami tidak tahu yang beliau adalah salah seorang imam di masjid negeri. Masyaalah, mudanya Ustaz ni dan sangat yakin dengan diri sendiri dan keterampilannya sangat moden!


Selesai tugas beliau, Ustaz bersembang dengan kami pulak. Kami menyatakan hasrat dan dengan sepontan beliau menyatakan kesanggupannya mengajar kami di rumah! Pucuk dicita ulam mendatang! Kami hanya perlu memilih hari dan beliau akan menyusun jadual mengajar.


Pulang ke rumah, kami masih tidak percaya dengan rezeki yang Allah berikan ini. Sememangnya, kami sangat-sangat berhajat mengadakan kelas pengajian di rumah kami buat jiran tetangga dan sahabat handai serta keluarga. Belum sempat kami memilih hari, Ustaz menetapkan setiap Khamis akan mengajar di rumah kami. Masyallah.....Khamis malam Jumaat ada pengajian di rumah kami....ini sudah cantikkkk.  Syukur Alhamdulillah.


Bulan pertama mengajar, semua pelajar agak kaku kerana malu untuk membaca. Ustaz mulakan dengan bacaan ayat ayat lazim. Ustaz baca dan kami ikut. Kemudian kami baca dan Ustaz perbaiki bacaan kami. Sebelum itu, Ustaz mengajar kami mahraj huruf supaya kami menyebut setiap huruf dengan betul dan tepat...mesti keluar dari tempat yang ditetapkan. Kami gunakan buku TAJWID AL QURAN Rasm Uthmani oleh Haji Abdul Qader Leong!






Ustaz membawa  dan memperkenalkan Ustaz Haji Abdul Qader Leong ke kelas pengajian kami. Bukan sekadar menulis, beliau adalah seorang Tokoh Ulamak Tajwid ! Bayangkan bagaimana seorang Cina boleh menulis buku tentang hukum hukum huruf hijaiyah dan beliau boleh berbahasa Arab dan sangat tawaduk orangnya. Malu aku....aku benar benar malu kerana aku dilahirkan Islam  tetapi masih tidak mmapu membaca Al Quran dengan lancar sedangkan seorang bangsa Cina yang asalnya beragama lain mampu sehebat itu.....itulah janji Allah. Sekiranya kita mahu, pasti akan dibuka jalan buat kita. Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Insyaallah!


Kini kebanyakan dari kami yang mulanya merangkak membaca kalimah Allah, kini semakin banyak betulnya . Syukur Alhamdulillah. terima kasih kerana melorongkan hati Ustaz MFW mengajar kami. Semoga semua pelajar dapat membaca dengan lancar dan terus bersemangat. Semoga tidak ada yang syahid.....hehehhehe.  Semoga kita khatam bersama-sama nanti .....Insyaallah. Ingatlah pesanan Ustaz kepada kita semua bahawa mencari ilmu itu adalah WAJIB!

7 comments:

  1. Salam, saya nak tanya, ada contact no Ustaz Abdul Kadir Leong?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. camne nak contact uztaz abdul qadir leong?

      Delete
  3. mana nak beli buku tajwid ni yer.?

    ReplyDelete
  4. di kedai kedai buku yang menjual buku-buku dan kitab-kitab. KAlau di Shah Alam boleh didapati di kedai buku di Kompleks PKNS. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Kelas talaqi ni masih berjalan ke

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kelas talaqi ni masih berjalan. Berhenti seketika sepanjang Ramadhan dan akan disambung semula nanti.Insyaallah.

    ReplyDelete