Tuesday, July 24, 2018

Durian





Ia digelar Raja Buah
Kulitnya berduri
Isinya lemak berkrim
Baunya menguasai ruang
Bagi yang suka... mengiurkan
Bagi yang tidak... memeningkan
Tahun  yang lalu, hasilnya kurang menjadi
Seluruh negara ketandusan buah ini
Harga diletakkan sangat tinggi
Tapi demi tekak....tetap dibeli
Tahun ini, hasinya berlipat ganda
Seluruh negara dihujani durian
Sana sini durian
Pelbagai spesis diperkenalkan
Musang King, 101, Kampung, Kawin dan sebagainya
Rasanya ada beza
Ada manis
Ada pahit
Tapi yang penting harganya
Tahun ini kita makan sepuasnya

Alhamdulillah










Insan istimewa








Aku bekas seorang pendidik
maka telahanku tidak akan tersasar
aku tahu isi hatinya
dia insan istimewa
seorang manusia yang banyak berjasa
kepada
Agama, Bangsa dan Negara
walaupun rambutnya sudah memutih
walaupun sudah tidak bisa menggigit
walaupun penceritaannya tersekat-sekat
Tetapi
ingatannya masih jelas
setiap yang didalam foto dia kenali
setiap individu dia ingati
mula mendidik semuda 19 tahun
di Sekolah Menengah Kuala Kubu
sekitar tahun 1966 
pengajarannya mengikut lojik
pendidikannya ibarat magik
berbangga sungguh dengan hasil usahanya
kembang hati melihat hasil kerjanya
punya ramai anak didik ternama
yang sentiasa menyanjunginya
mengingatinya dan mendoakannya
jasamu tidak akan mudah dilupa
kelucuanmu 
kebijaksanaanmu
keikhlasanmu
dan pendidikanmu
akan dikenang selamanya 
terima kasih Cikgu Saiful
atas segalanya