Monday, August 19, 2019

Kenangan mengamit jiwa

         Mungkin tidak ramai yang dapat merasai apa yang aku rasai. Perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu. Apabila sesuatu amanah kita jalankan dengan baik mengikut apa yang diarahkan, ia pasti membuahkan hasil yang baik. Percayalah.

Tiga puluh dua tahun yang lalu, ketika itu umur dua puluhan. Masih kuat bekerja, penuh tenaga dan daya pemikiran yang cerdas dan tajam. Jiwa sentiasa berkobar-kabar untuk melihat hasil yang dikerjakan.

Bergambar bersama tanpa Helmi.


Bergambar bersama tanpa Ahmad.

           Beberapa hujung minggu yang lepas, aku diperlihatkan hasil kerjaku puluhan tahun nan lalu. Enam orang ekas anak muridku dari Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru serta keluarga mereka berkumpul di Lembah Temir Eco Resort di Raub Pahang. Kesemuanya aku didik dari sekecil Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Mereka adalah anak muridku dan ibu bapa mereka pula adalah sahabatku. Subhanallah....ini satu nikmat yang tak dapat aku zahirkan dengan kata-kata.

Gambar kenangan bersama Che Din Sulaiman , Wan Remlah dan Uncle Ibrahim.

          Memang tak kusangka mereka sanggup mengambil cuti dan mengumpulkan kesemua anak-anak dan isteri untuk bersamaku. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa ketika bersama mereka aku seolah-olah berjalan di atas angin. Setiap sahabat yang ada di situ, aku kenalkan bekas anak-anak muridku. Inilah hasil kerjaku .....Alhamdulillah.

          Masihku ingat perangai setiap seorang anak-anak muridku. Mereka adalah kumpulan murid yang baik, bekerja keras dan serius dalam pembelajaran mereka. Kini kesemua sudah dewasa dan punya pekerjaan masing-masing.  Semoga mereka berbahagia bersama keluarga mereka dan semoga hubungan ini kekal hingga ke Jannah.





          Terima kasih atas usaha murni kalian. Saya berdoa semoga lebih ramai lagi yang dapat bersama ke percutian seperti ini di masa akan datag. Terima kasih kerana memperkenalkan isteri dan anak-anak kamu kepda saya.