Thursday, December 20, 2018

Pintu




Tugasnya sangat penting
Ibarat pengawal dengan lembing
Tanpanya, kita resah
Adanya, hilang kesah
Tanpanya, kita terlihat
Adanya, kita tersirat 
Buatannya dari pelbagai bahan
Ada yang rapuh
Ada yang tahan
Tiada yang membelakangkannya
Semua memerlukannya
Baik haiwan mahupun manusia
Terdapat di mana jua
Baik di rumah mahupun ditempat kerja
Tidak lupa...tandas yang utama
Uniknya..
Ia membuka dan
menutup hati kita
Bukalah pintu hatimu untukku
Kanku kunci cintamu di dalam hatiku
Selamanya
Pintu