Words will control us once used. Always be aware and careful with what you said.
Thursday, January 28, 2010
Tika musibah datang melanda....
Selasa pagi, Along tak ke kelas kerana kurang sihat. Suaminya A'sim menghantar anak dan isterinya ke rumahku kerana kuatir tentang kesihatan Along. Along menerima mereka dengan tangan terbuka kerana yang pasti rumahku tidak akan sunyi dengan kehadiran mereka.
Pagi itu, Along suapkan Asim mee goreng dan air teh tarik. entah kenapalah, tak seperti biasa, Along kata Asim nak bertolak ke pejabat dan nak jumpa Mak. Hatiku berkata sebab ini bukan kelazimannya tapi tiada kata yang kuucapkan kecuali membisikkan di telinganya yang aku mendoakan keselamatannya.
Setelah Asimbertolak, kami menjalankan tugas masing-masing. ALong dan Mus keluar sekejap untuk membuat report polis tentang kehilangan sijil nikah Along dan Asim. entah kemana celah diletakkannya....cuai betul budak-budak ni. Tidak lama kemudian, Along etelfon aku. Katanya nak ke Putrajaya kerana Asim kemalangan jalanraya. Ketika itu, aku terpaksa menahan airmata sedih bercampur cemas demi anakku . Aku mesti kuat untuk anakku itu. Tapi Along memang anak yang kuat. Dalam semputnya dan selsema yang teruk hari tu,bunyinya seolah-olah dia menangis tersedu-sedu, tapi sebenarnya tidak. TAk setitik airmatanya yang jatuh. Dia tenang menghadapi saat cemas itu.
Sesampainya Along dihospital, Asim berada di wad kecemasan. Untuk tidak memnganggu kesibukan di wad tersebut, tiada siapa pun yang dibenarkan masuk. Jadi Along dan Mus ditemani oleh kakitangan pejabat Asim. Kebetulan pula semasa kemalangan berlaku, dua orang kakitangannya berada di situ dan menyaksikan segalanya. Ngeri kata mereka.anakan tidak, motor dihimpit oleh lori pasir! Dalam keadaan sekarang, susah nak kita persalah sesiapa pun. Yang penting ialah Asim cedera teruk di kaki kanan dan motornya rosak teruk di bahagian hadapan!
Oleh kerana Hospital Putrajaya terlalu jauh dari Shah Alam, kami mengambil keputuisan untuk memindahkan Asim ke Hospital KPJ di Shah Alam. Mudah bagi kami untuk ulang alik melawatnya. Sejak kemalangan pagi itu, aku tidak berkesempatan menziarahi menantuku kerana cucuku Ammar berada dalam jagaanku! Maghrib itu, Asim dibedah. Tulangnya yang hancur diganti dengan tulang manusia dan ada bahagian yang digantikan dengan logam. Pagi tadi semasa melawatnya, asim mengadu kesakitan tetapi masih boleh bertahan. Dari riak wajahnya, dapat aku rasa kesakitan yang ditanggungnya. Sebak hati aku melihatnya. Ketika itu aku hanya mampu berdoa dan berserah. Segala yang patut, telah kami usahakan. Kini hanya kami tinggal berdoa dan memberi semangat kepadanya.
Wahai anakku, bersabarlah. Allah memberi peluang kepadamu untuk berkhidmat sepenuhnya pada suamimu. JAlankanlah kewajipanmu sebagai seorang isteri yang baik. Peliharalah tuturkatamu, tingkah lakumu dan peradabanmu kerana orang sakit sangat sensitif dan jika dia itu suami, tahap sensititifnya ke tahap kronik. Dalam menjaga orang sakit, kedua pihak mestilah banykkan bersabar. Sipesakit kena sabardan yang menjaga juga kena sabar.
Mak , Ayah dan adik-adik berdoa agar Asim sihat dengan segera. Tahanlah sikit kesakitan itu. Gunakanlah tasbih yang Mak berikan tadi. Banyakkan berwirid dan berdoa. Hikmahnya kamu sakit ialah kehadiran keluargamu dari Kedah serta Nenek dan Mak Uwo dari Tanjung MAlim. usah kiralah lawatan yang tidak henti-henti dari sahabat dan jiran tetangga. Semua mendoakanmu. kini tibalah masa untuk berehat...
Subscribe to:
Posts (Atom)