Suka atau tidak, bersedia atau tidak, bila anak bulan sudah kelihatan maka kita diwajibkan berpuasa. Masa kecil dulu, bila sebut nak puasa ramai anak-anak yang mengeluh..bukan jahil tetapi maklumlah masa tu ilmu akhirat tidak diajar sehebat sekarang. Anak-anak kecil sekarang, seawal umur 7 dan 8 tahun sudah digalakkan oleh guru-guru agama mereka berpuasa sunat Isnin dan Khamis bersama-sama. Ini sangat bagus! Syabas kepada mereka semua! Semoga berkekalanlah hendaknya.
Ramadhan datang lagi. Bersyukurnya aku ke hadrat Illahi kerana dapat menyambut bulan yang mulia ini dalam keadaan sihat, tenang, bahagia dan gembira. Terima kasih Allah. Aku berdoa agar tahun ini aku dapat meningkatkan lagi amal ibadat dan amal kebajikan berbanding tahun lepas...Insyaallah. Semuanya dengan pertolongan Allah swt.
Sebagai ingatan kepada kita semua, rebutlah peluang berada di Bulan Pengampunan ini untuk memohon ampun dan maaf serta bertaubat sesungguh hati kepada ALlah atas segala kesalahan kita yang telah kita lakukan selama 11 bulan yang lalu! Panjatkan doa dan Allah akan mengampunkan. Jangan kita terlepas peluang ini kerana Allah telah menjanjikannya.
Bulan Ramadhan ialah bulan Allah..ertinya segala yang kita lakukan adalah keranaNya dan yang paling penting untukNya. Oleh itu Allah pasti akan memberi ganjaran yang terhebat buat kita. Banyakkan membaca Al Quran, Berwirid, Bersedekah, Menghadiri kelas-kelas ilmu, Solat Tarawwikh, Tahajjud, Taubat dan sebagainya kerana ALLAH! Don't waste this opportunity!
Sebenarnya Allah paling hampir dengan kita...Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak! Semoga kita semua di dalam pandangan kasih sayang Allah. Amin.