Wednesday, May 6, 2009

A tribute to all Mothers!!

Ibu mertuaku.



Tadi aku dan suami bergegas pulang ke J19 di Ulu Bernam, rumah ibu mertuaku. rumah papan lamanya telah lama kami gantikan dengan rumah batu yang lebih selesa untuknya.
Maklumlah, anak-anak berpelajaran, berjawatan dan ada rezeki lebih, apalah salahnya keluarkan sebahagian pendapatan untuk ibu mereka. Alhamdulillah.

Semua orang especially anak-anak muda sekarang sibuk dengan pelbagai acara untuk menyambut Hari Ibu. Bagi yang masih punya ibu, berbahagialah mereka dapat menghadiahkan sesuatu untuk ibu mereka. Bagi yang sudah tiada, janganlah risau, celebrate with your grandmother, aunties and so on for as long as they are mothers! (Tapi jangan lupa doakan untuk arwah ibu setiap selepas solat.) Ada yang berhajat nak bawak Mak keluar dinner, lunch, hi tea, tengok wayang, tengok theatre, surprise party dan sebagainya. Baguslah tu TETAPI janganlah ingat ibu kita setakat pada 10th May sahaja.

Ibu itu adalah segalanya. Tika sakit dia jadi doktor,buat homework jadi guru,basikal pancit jadi foreman,ke sekolah jadi driver,lapar jadi chef,buat salah jadi majistrate, nak tidor jadi penyanyi nasyid,gigi berlubang jadi dentist, rumah bersepah jadi bibik...pokok pangkalnya dialah segalanya. Tak mungkin mampu kita membalasnya. Bayangkan, ibu itu tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari kita tapi kita yang ada otak dan pelajaran ni...lu pikirlah sendiri!

Jangan sekali-kali mengecilkan hatinya. Kadang-kadang mulutnya manis menidakkannya tetapi hatinya Allah saja yang tahu. Setiap perbuatan baik yang kita lakukan, setiap langkah ke tempat yang baik-baik kita berjaln, ibu kita akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Begitulah sayangnya Allah pada ibu. Tidak segankah kita pada Allah sekiranya kita hanya mengingati ibu kita hanya sekali dalam setahun? Hari ini sahaja, sudahkan kita menelefon ibu bertanyakan khabarnya, mendoakannya dan mengharapakan doa darinya? Jangan sesekali berkira dengannya tetapi ingatlah pengorbanannya. Semasa ibu masih berada bersama kita samada sihat ataupun sakit berilah sepenuh perhatian dan kasih sayang untuknya kerana setelah dia pergi, tiada siapa yang dapat menggantikannya. Kita akan merasa kehilangannya... sungguh sedih dan pilu.

To all Mothers, a tribute to all of you. Stay well, keep fit, be happy, be thankful and stay graceful. Happy Mother's Day!
Arwah Mak sentiasa dalam kenangan.

Anak dulu dan anak sekarang...

Inilah rupanya batu boh untuk membuat tepung beras dan tepung pulut.

Dulu masa kecil aku penuh dengan kesusahan. Maklumlah gaji arwah Abah seingat aku cuma Rm500 sahaja. Keluarga kami sangat besar. Orang Pantai Timur kata beriok anak....Hahahahha. Arwah Mak banyak membantu dengan membuat kuih dan kami adik beradik semua mahir menyediakan bahan untuk membuat kuih. Namakan sahaja kuih apa, kamilah yang paling terror! Tapi ialah, bila kita susah, semua bakat dan semangat keluar menyebabkan kita jadi sangat kreatif. Ini pengalaman yang aku harungi sendiri. Dulu yuran sekolah kena bayar. Balik dari sekolah campak saja beg sekolah. Bukak baju sekolah dan terus ke sudut masing-masing. Ada yang kena boh beras dan pulut yang Mak dah rendam dari pagi tadi supaya kembang dan mudah di boh., ada yang kena uli tepung untuk jadikan dough karipap, ada yang kena rebus kacang hijau kemudian bila masak ditoskan airnya dan di tumbuk lumat untuk kuih Rendang Kasturi, ada yang kena kupas kulit kentang dan di potong kecil kecil dan di campur dengan bahan-bahan lain untuk inti Karipap. Bertapa sibuknya kami adik beradik. Kenapa mesti sesibuk begitu? Petang bukan untuk masa bermain kami tapi untuk menyiapkan kuih-kuih tersebut untuk di goreng pagi esoknya sebelum waktu subuh oleh Mak.

Mak tambah masak Nasi Lemak dan Mee Goreng juga. Lepas siap, Abah akan mula mengira dan membahagi-bahagikan ikut bakul-bakul tertentu. Ada yang akan di hantar ke kedai kopi berdekatan, ada yang di hantar ke kantin-kantin perumahan pekerja (rumah kongsi) dan tiga bakul lagi untuk aku 3 beradik jual di sekolah. Dulu aku siap ada buku akaun kuih tau! Selesai jual, ambil pulak order untuk esoknya. Entah berapa kali kami adik beradik kena tangkap dengan Makcik Kantin yang bengang dengan kami tapi life have to go on. We have to do it to survive. Setiap jualan, Mak akan beri percentagenya. Kami tak diberi duit belanja makan tapi if I can sell everything, I can take my portion of the profit and spend anything for myself itulah hidupku. Aku tak mahu susah macam tu lagi. Aku tak mahu anak-anakku susah macam tu. Dulu kami tak fikir itu susah tapi that is our life. Aku langsung tak ada perasaan malu berbuat demikian kerana kalau kami tak tolong Mak dan Abah , siapa lagi nak tolong? Dalam hati aku selalu berdoa untuk jadi orang yang berada, nak senang, nak kaya dan sebagainya.

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, diberikanNya rezeki yang murah buatku. Aku bersyukur atas segala rezki yang Allah berikan . Anak-anak ku tidak pernah merasa kepayahan hidup sepertiku..not even 5%....bertapa mewahnya mereka. Sebut saja apa yang diperlukan, nescaya kami sediakan semampu kami. Tetapi taklah semudah itu. Kena interrogate dulu, kena siasat dulu dan kena tunggu dulu. Itulah cara kami.

Hari ni Azman anakku mengecek and dah ayat ayahnya untuk beli kereta. Knowing Azman, memang very good with words. Bila cakap kita mesti kesian punyalah. Katanya nak bekerja di bandar berdekatan. Tapi as you know, Australian Dollar is 2.7% tinggi dari matawang kita. Jadi, bila naik teksi, train dan sebagainya, memang mahal sangat. Itu memang tak dinafikan sebab aku dah seringkali melawat anakku itu. Perbelanjaan kenderaan to move around sangat mahal. Belum masuk makan minum lagi. Sudahnya, habis gajinya di situ saja. Ni tengah berfikir semasak-masaknya untuk hal ini. Yet to make up our mind. So many angles to look into...front elevation, top elevation and side elevation!

Itulah bertuahnya anak sekarang berbanding dengan dulu. Kalau dulu, jawapannya senang saja...Abah dan Mak tak mampu. Kamu belajarlah pandai-pandai dan beli sendiri ya!! Masih terngiang-ngiang ditelingaku suara itu.....Semoga Allah mengampunkan dosa kedua-dua arwah Mak dan Abah.