Monday, February 22, 2010

Dah kena baru percaya.....

Selalu kita dengar orang berkata, sakit yang paling menyakitkan ialah sakit gigi. Dulu aku tak percaya, lebih-lebih lagi yang bercakap tu orang lelaki kerana bagiku sakit hendak bersalinlah yang paling sakit. Ternyata aku salah.

Dulu masa kecil, aku pernah mengalami sakit gigi. Tapi itu gigi berlubang. Pelbagai caralah yang arwah Mak dan arwah Abah buat untuk melegakan kesakitanku. Masih jelas dikepalaku, arwah Mak basahkan segumpal kecil kapas( semuat lubang gigiku itu lalu ) dengan minyak angin cap Kapak lalu di layurkan diatas api. Kemudian kapas itu disumbatkan kedalam gigiku yang berlubang itu. Leganya terasa hingga ke esok pagi. Bila dan lega, aku goyang-goyangkan batang gigi tu lalu kuusahakan sampai tercabut sendiri. Nak ke doktor gigi? Tidakkkkkkk.... takutnya sampai ke saat ini!

Itulah kali akhir aku sakit gigi, dan ketika itu aku berumur sekitar 9 tahun! Sekarang ini aku sedang sakit gigi sampai ke peringkat bengkak gusi dan muka aku jadi tembam sebelah. Sakitnya sampai satu kepala berdenyut dan seluruh badan menjadi lemah.
Sehari sebelum Tahun Baru Cina, aku dah mula terasa sakitnya tetapi oleh kerana cuti perayaan tersebut, mana ada klinik yang buka dan dalam masa yang sama aku sudah ada komitment yang mesti aku selesaikan. Jadi aku ke klinik perubatan biasa untuk mendapatkan ubat penahan sakit dan diberi bekalan untuk 5 hari. Komitmen aku ialah bersama teman dan saudara ke Bandung! Cuti punya pasal, sakit pun sanggup tanggung!
Sampai saja di destinasi, sakit mula menjenguk. Makan pain killer, hilang sekejap. Tak sampai waktu untuk dos kedua dan sakit lagi. Jadi aku makan ubat bila saja aku terasa sakit. Lama-lama pain killer pun tak jalan. Nasib baik sahabat bagi aku ubat antibiotik. Lepas tu baru lega sekejap. Tapi bila sesekali datang sakitnya, menitik juga airmata aku. Berdengung satu kepala dan berdenyut-denyut dalam tengkorak aku. Ya Allah sakitnya!!
Temanku memujuk dengan mengatakan bahawa bila kita sakit berdoalah pada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kita. Aku buat juga disamping meminta Allah menguatkan semangat aku dan semoga aku bersabar dengan musibah ini.
Balik dari Bandung, keesokan harinya bengkak dan denyut semakin menjadi. Jumpa doktor gigi dan katanya kena buat Root Canal pada hari Selasa 23/02/2010. Katanya gusi dah ada kuman , berdarah, bernanah dan bengkak......aduhai! Patutlah sakit bagai nak rak! Di tahap ini, aku dah tak boleh bercakap lagi dan dah tak boleh dengar bunyi bising....makin bengang

(A root canal is a treatment used to repair and save a tooth that is badly decayed or becomes infected. During a root canal procedure, the nerve and pulp are removed and the inside of the tooth is cleaned and sealed. Without treatment, the tissue surrounding the tooth will become infected and abscesses may form.

"Root canal" is the term used to describe the natural cavity within the center of the tooth. The pulp or pulp chamber is the soft area within the root canal. The tooth's nerve lies within the root canal.

A tooth's nerve is not vitally important to a tooth's health and function after the tooth has emerged through the gums. Its only function is sensory -- to provide the sensation of hot or cold. The presence or absence of a nerve will not affect the day-to-day functioning of the tooth. )

Root canal procedure:
unhealthy or injured tooth, drilling and cleaning, filing with endofile, rubber filling and crown

Sekarang ni, dapatku nyatakan bahawa, sakit gigi seperti yang aku alami sekarang ini adalah sakit yang paling menyakitkan. Dah rasa baru tahu!

Monday, February 8, 2010

Hari-hari yang mendebarkan...

Entah apalah sebabnya , keluarga aku tidak kehabisan ditimpa musibah. Walaupun tak sebesar mana tetapi kekerapan berlakunya berturutan. Belum sempat menghela nafas lega, tersusul lagi satu musibah yang baru...Aku harap hari ini adalah yang terakhir. Cukuplah!!

Mula-mula Ammar diserang Rotavirus. Sejenis virus menyerang ususnya dan menyebabkan anak kecil itu muntah-muntah dan cirit birit yang tidak henti-henti. Dalam masa 2 hari sahaja, berat badan Ammar turn sebanyak 3 kilogram. Sebak hatiku melihatnya semasa berada di hospital. Lihat saja kelibat doktor pakar kanak-kanak yang biasa merawatnya, Ammar terus berubah wajah dan menangis hingga ke peringkat histeria. Tangan kecil anak itu terpaksa dicucuk dengan jarum bagi memudahkan ubat dan air dimasukkan ke tubuhnya. Dua hari Ammar terlantar di hospital. Berulang-aliklah kami sekeluarga ke hospital. Rasa gusar kami kembali ceria apabila Ammar dibenarkan pulang. Lega.

Sehari selepas Ammar keluar dari hospital, ibunya pulak diserang selsema. Heavy flu sehinggakan tidak mampu dia memandu kereta ke kelasnya. Jadi A'sim menghantarnya dengan motorsikal. Tak berapa lama selepas itu, A'sim menelefonku mengatakan bahawa Along demam dan meminta agar aku dapat menjemput Along pulang. Itu yang kulakukan. Kesian anakku.

Keesokan harinya Along diberi cuti sakit. Pagi itu juga entah mengapa A'sim ingin berjumpa denganku sebelum bertolak dengan motorsikalnya ke pejabatnya di Putrajaya. Selalunya tidak begitu. Hatiku berkata-kata tetapi seperti ibu-ibu lain, aku mendoakan untuk keselamatannya. Sepanjang pagi itu aku tak sedap hati. Ada yang tak kena. Along terpaksa ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan Sijil Nikah mereka. Destinasi seterusnya ialah ke Jabatan Agama Islam Selangor. Belum sempat urusan itu dibereskan, Along terima panggilan dari kakitangan Asim mengatakan bahawa Asim terlibat dalam kemalangan jalanraya. Apa yang aku takutkan kini berlaku. Tak tentu arah aku dibuatnya.

Asim kami pindahkan dari Hospital Putrajaya ke Shah Alam bagi memnyenangkan kami bersamanya. Kaki kanan Asim luka parah dan ada tulang yang hancur, ada tulang yang patah, ada luka yang dalam dan hilang sebahagian tumit kakinya. Runtun hatiku melihatkan keadaannya. Tetapi aku masih lagi bersyukur kepada Allah kerana menantuku terselamat. Alhamdulillah.

Lapan hari Asim ditahan di hospital. Ramai teman dan saudara datang melawatnya. Terima kasih kami ucapkan atas segalanya. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kaki Asim terpaksa dibedah bagi menggantikan tulangnya yang hancur. Stelah dibenarkan keluar dari hospital, Asim ditemptkan dirumah kami di Kuarza Lane. Makanannya ala makanan orang dalam pantang bersalin. Cuma yang bakar, kukus dan rebus sahaja yang kuberi untuknya. Alhamdulillah beransur cergas nampaknya.

Keesokan harinya, suhu badan Ammar tiba-tiba naik mendadak. Disahkan oktor Demam Panas. Ubat yang diberi nampaknya kurang berkesan. Kami membawanya ke hospital pakar dan doktor menukarkan ubat yang lebih mujarab. Kebah demam Amar dan kami rasa tenang sikit. Namun hidungnya yang tersumbat menyebabkan dia susah tidur. sepanjang malam dia akan tergolek ke kiri dan kanan sahaja. Tak nyenyak . Kesian cucuku. Kalau boleh biarlah aku yang menanggung kesakitannya tetapi itu adalah sebahgian dari peringkat pembesaran. Semua orang pasti melaluinya.

Baru saja aku rasa nak lega sikit, tiba-tiba dapat panggilan kecemasan dari Tanjung Malim. Ibu mertuaku jatuh pengsan sebanyak dua kali dirumahnya. Langsung kupecut kereta pulang ke kampung. Ada masa-masanya fikiranku melayang tentang apa yang sedang aku hadapi ini. Tanpa banyak cerita, aku angkut kedua ibu mertuaku serta kakak iparku ke Shah Alam. Terus DIMY membawa ibunya berjumpa doktor. Sementara itu, Ade, Majid dan Samy mengemaskan bilik untuk kegunaan pesakit. Timbul pula masalah katil orang sakit. Mus membawa aku ke Seksyen 18 untuk membeli katil lipat beserta tilam. Mujurlah dapat. Alhamdulillah, pemeriksaan doktor mendapati yang tiada tulang yang patah dan tiada luka di mana-mana. Cuma lebam di peha kiri dan bengkak di lutut kanan serta sikunya. Bayangkanlah kalau ada tulang yang patah....tak mahu aku membayangkannya. Syukur Alhamdulillah.

Kini rumahku ibarat rumah sakit. Nasibku baik kerana ramai yang datang membantu. Terima kasih kepada semua ahli keluargaku serta sahabat yang sama-sama menolongku dan bersabar mengahdapi ujian ini. Pasti ada hikmahnya. Yang pasti, kita kelihatan bersatu. aku berdoa agar Allah memberi kami sekeluarga kekuatan. Ya Allah, bukan aku tak sanggup menerima ujianMu tetapi aku ini manusia kerdil yang banyak kurangnya. Kau tinggikanlah kesabaran kami untuk menjalankan tanggungjawabku ini.....