Dalam hal ini, akulah manusia paling bertuah kerana mempunyai editor sendiri yang akan menegur aku jika terdapat kesilapan ...contohnya ejaan yang tak betul, lenggok bahasa yang tidak sesuai dan sebagainya. Suamiku begitu cerewet sehinggalan setelah aku poskan blog dan di dapati ada kesilapan, terus disuruhnya aku edit. Tetapi, kecerewetannya itulah yang banyak mengajar aku menjadi lebih dewasa dan lebih matang dalam penulisan mahupun dalam kehidupan harianku. Selalu dianjurkan kata-kata hikmat seperti ... Biasakan yang BETUL dan Betulkan yang BIASA....Bila aku dalami maksudnya, barulah kutahu bahawa kita sentiasa membuat perkara yang biasa kita lihat dan jadi ikutan walaupun perbuatan itu salah. Oleh itu kita perlu membetulkan perkara salah yang biasa kita lakukan itu dan setelah itu kita biasakanlah diri kita dengan perkara yang betul.
Tapi bukan teguran sahaja yang suamiku beri malah jika hasil tulisan itu baik, beliau akan memuji dengan seikhlas hati. Sebenarnya, pujian sedikit dari suami sangat-sangat diharapkan oleh mana-mana isteri. Pagi hari dipuji suami akan menyebabkan sepanjang hari isteri itu tersenyum. Bak kata dalam Bahasa Inggeris...You make my day!! Hahahahhaha......aku bahagia!
Untuk menimba ilmu kita mesti ikhlas dalam memberi dan menerima. Kita mesti memberi yang terbaik dari hati dan jiwa kita semasa menulis dan bersedia menerima teguran dari sesiapa pun. Dalam hal ini, terim kasih ku ucapkan kepada editorku iatu suamiku atas segala panduan yang diberi tanpa bosan.......