Thursday, November 22, 2012

Pulanglah.....

       Baru-baru ni semasa sedang berehat-rehat sambil mata menonton satu rancangan penganugerahan untuk artis-artis yang berjaya dalam kategori masing-masing. Entah mengapa, hati tidak seperti dulu. Melihat gelagat mereka, aku jadi mual. Melihat pakaian mereka, membuat aku tertanya-tanya.....tak malu pada Allah ke? Tiada garis panduan berpakaian untuk artis lagi ke? Tolonglah berpakaian menutup aurat. Janganlah menghina dirimu sendiri. Daripada kita berdoa untuk menjatuhkan kaum kita sendiri, lebih baiklah kita selamatkan bangsa kita yang semakin lama semakin hanyut. Daripada terjerit terlolong menyalahkan dan menuding jari mencari salah orang, eloklah kita pertingkatkan amalan  ibadah kita. Selamatkanlah anak-anak kita!!!


Hiburan...hiburan...hiburan....

       Seingatku, suatu masa dulu, artis lelaki yang berambut panjang di larang membuat persembahan dalam rancangan hiburan.. Sekarang ni, ada yang hampir telanjang pulak! Di mana silapnya kita? Kerajaan harus melakukan sesuatu . Kembalilah kita kepada agama kita. Banggalah kita dengan bangsa kita. Cintailah bahasa kita! Pertahankanlah martabat keMelayuan dan KeIslaman kita. Kalau kita tidak membuat sesuatu sekarang, apa akan jadi di zaman akan datang? Anak cucu dan waris keturunan kita? 

Pembaziran!


     Kita sepatutnya merasa bersyukur kerana negara kita masih aman. Kalau hendak ke masjid untuk beribadat, tiada siapa yang melarang.  Kita boleh keluar mencari ilmu dunia dan akhirat di mana jua tanpa sekatan. Kita bebas! Kebebasan dalam 'Comfort Zone' yang kita kecapi sekarang menjadi idaman rakyat negara lain. Di sini, kita sibuk mempertingkatkan status kehidupan kita. Kalau dulu kita susah, sekarang kita sudah senang. Kalau dulu meminjam, sekarang kita memberi pinjaman. Kalau dulu makan sekali sehari, sekarang membuang pula. Tetapi, saudara mara seIslam kita di bumi Gaza sekarang ini diserang dan dibunuh tanpa ada rasa perikemanusiaan. Kita membazir makanan sedangkan  mereka tidak cukup makanan. Anak cucu kita tidur lena dalam bilik berhawa dingin, tetapi anak-anak mereka mati dibunuh dengan kejam, disembelih dan dibom. Kita sibuk dengan keputusan peperiksaan ilmu dunia anak kita, mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa anak-anak mereka untuk berjuang  mepertahankan diri, keluarga dan negara mereka.  Masihkah kita tidak bersyukur pada Allah?

Kehilangan anak!

Kanak-kanak menjadi mangsa.


Manakah tuannya?

9 bulan mengandung, mati sekelip mata dibom siLaknat!

Ya Allah ampunilah kami ....
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami..
Tunjukanlah kami jalan yang lurus
Ya Allah, selamatkanlah anak bangsa kami dari terus hanyut. 
Ya Allah, peliharalah keamanan 
 dan kesejahteraan  Malaysia!

Ya Allah, bantulah saudara kami di Gaza. 
Berikanlah mereka kekuatan
Tingkatkanlah kesabaran mereka
Kasihanilah mereka Ya Allah
Bantulah mereka Ya Allah
Bantulah mereka Ya Allah!

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana!
Kami mengharap belas kasihmu Ya Allah!
Kami mengharap ihsanMu!
Hanya kepadaMu...
Hanya untukMu...


Kita bermain bunga api, mereka dibom hingga mati!

Fakta yang diputar belitkan oleh si haram jaddah!