Mintalah pada Allah..... |
Semasa menunaikan Haji baru-baru ini, ketika itu kami berada di kota Madinah. Kami mendapat berita yang rumah kami dimasuki pencuri. Habis diselongkarnya satu rumah khasnya bilik tidur utama. Tiada apa yang ditinggalkannya. Bila melihat gambar yang dihantar oleh anak sulong kami, rumah dalam keadaan seperti tongkang pecah. Ketika mula mendapat berita, hati menjadi sangat sayu dan sedih. Manakan tidak, barang berharga yang dikumpul sejak mula berumahtangga sehingga kini lesap dalam sekelip mata. Satu hari satu malam termangu. Menitis juga airmata. Tetapi selepas itu , bila suami menegur, tersentak dan terus redho. Katanya, itukan profesyen mereka. Dipagar bagaimana sekalipun dengan alat penggera kecemasan dan sebagainya, tetap dapat mereka masuk kerana itu kerja mereka. Kerja kita menjaga, kerja mereka mencuri. Kan satu profesyen namanya! Betul jugak! Selang beberapa malam, dalam minggu yang sama, di masuknya sekali lagi. Entah apa yang hendak dicarinya lagi! Lantak kau oranglah.
Ini saja mampuku... |
Oleh itu, latihlah anak cucu kita supaya memilih profesyen yang betul dan yang menjamin masa depan mereka. Tetapi pengetahuan agama WAJIB diketengahkan dahulu kerana ia menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat. Insyaallah. Biarlah dia seorang Akautan, Doktor, Pendidik, Kerani, Peguam dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama dia juga Hafaz Al Quran...Masyaallah.
Itulah cita-citaku buat cucu-cucuku dan seluruh waris keturunanku! Tiada yang mustahil kerana kini sudah ada golongan profesional yang hafaz Al Quran!