Tuesday, December 31, 2013

Apa yang tinggal kini........ hanyalah sisa kesal kelmarin


Gurindam dan irama tidak lagi kuhiraukan
Sete;ah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpaku sedari, kupetik mawar merah
Kutulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi

Kesepian memaksa, ku lihat wajah dicermin
Terpandang parut dimukaku
Bekas cinta yang lama, apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain dijiwa ini

Setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari, kupetik mawar merah
Kutulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kanku beri

Bukan nyanyian yang ingin aku kongsikan, tapi perasaan yang ditaburkan dan di maksudkan oleh lirik lagu tersebut. Lewat malam ini, tepat jam 12 tengah malam, maka akan bersoraklah manusia seluruh dunia secara berperingkat mengikut zon waktu masing-masing dengan laungan Selamat Tahun Baru dengan bahasa masing-masing. Begitulah juga laungan AZAN  membesarkan Allah, berkumandang di seluruh dunia pada setiap saat..... tanpa kita sedari!

Maka bermulalah satu hari baru, hari pertama bagi tahun yang baru......di saat itu, cuba kita pejamkan mata dan cuba imbaukan kembali apakah pencapaian, kegagalan dan kesilapan kita sepanjang tahun yang lalu. Cuba fikirkan...... sudah tercapaikan azam tahun lalu atau akan bawa ke tahun baru pula? hahahhahhahha!

Selamat Menyambut 2014! Semoga negara kita bertambah aman dan dilindungi dari mala petaka. Insyaallah. Bagi yang keluar menyambut kedatangan tahun baru, peliharalah kesopanan diri dengan berlandaskan batas-batas agama dan jauhi dari perkara-perkara yang memudaratkan. 

Bersujud syukurlah yang kita masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk terus mengecap nikmat hidup yang Allah berikan. Ingatlah akan tanggungjawab kita kepadaNya dan ingatlah bahawa kita dilahirkan ke dunia untuk bersujud kepadaNya dan membesarkanNya!