Thursday, September 5, 2013

Nukilan buat arwah Norlila A. Samad


Arwah Nurlila A.Samad
Aidil Fitri disambut ria
namun, ada juga yang berduka
bukan kerana tidak berbaju baru
juga bukan kerana lambat pulang ke kampung
bukan juga sebab kurang buat kuih
tetapi kerana
tahap kesihatan yang turun mendadak
kita hanya mendapat khabar
hasil dari nukilan anaknya
minta kita sama mendoakan
terima kasih anakanda
kami fahami kesedihan melanda keluargamu 
Tiada lagi hilai tawa dan senda gurau ibumu
tiada lagi teguran manjanya
tiada lagi jelingan ayunya
Norlila.... itulah namanya
sahabat kami di MPKT
manis senyumnya
lembut langkahnya
arwah telah kembali ke Rahmatullah
arwah meninggalkan anak-anak dan suami
dalam kesakitannya
tangan suami digenggam erat
mata memandang tepat
dia nekad
namun naluri keibuannya menebal
masih merisaukan anak-anaknya
arwah minta diampunkan
arwah minta diredhokan
serangan jantung pertamanya melemahkan
serangan kedua menewaskan
pemergiannya untuk selamanya
tersentak kami menerima berita
sahabat yang dikasihi sudah tiada
 Allah lebih menyayanginya
sayu mengingatinya
sedih mengenanginya
pilu merinduinya
Ya Allah.....
ampunilah dia
kasihanilah dia
tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman
lindungilah anak-anaknya
rahmatilah keluarganya