Thursday, March 27, 2014

Penantian si Penyu

            Lama sudah kami merancang. Bermula dengan perjumpaan di majlis perkahwinan anak salah seorang teman di Kelantan. Seseorang  menggiatku dengan membawa kisah-kisah percutianku. Entah dari mana asalnya, tiba-tiba terpacul dari mulutnya mengajak kami bercuti bersama! Wah!!!! ini idea yang sangat bagus. Selama ini memang pernah aku fikirkan tetapi memandang keadaan profesyen mereka sebagai pendidik, yang hanya ada sedikit kelapangan di musim cuti sekolah. Itu pun kalau tidak diisikan dengan kursus, rombongan sekolah dan tidak lupa majlis-majlis perkawinan! Manakan ada masa untuk mereka bercuti. Aku kenal sangat dengan sahabat-sahabatku , mereka memang guru yang berdedikasi. Mereka sangat serius menjalankan tugas dan amanah dengan penuh komitmen.....teman-teman Turtles MPKT!



Semasa di KLIA. Urusan daftar masuk untuk penerbangan JT287.
Permulaan rancangan ialah untuk bercuti sesama kami sahaja tanpa membawa suami masing-masing. Tetapi apabila mendengar tentang jalan cerita kami, jiwa sang suami tidak tenteram....mahu turut serta kerana tidak sanggup para isteri sahaja yang seronok. Sudahnya 4 orang suami turut serta dalam rancangan kami ini. 



Duduk sebentar di Old Malaya Cafe. Tak sempat minum walaupun dah buat pesanan. 

Malang bagi Cik Nie, yang sememangnya hendak bersama tetapi tidak kesampaian kerana urusan tugas di sekolah yang tidak dapat dielakkan. Kak Teh pulak, terpaksa tarik diri kerana perlu hadir di majis perkahwinan anak saudaranya . Noi pulak sudah merancang bersama guru-guru sekolahnya melawat Seoul, Korea. Puas kami bertanyakan tetapi akhirnya tinggallah aku, Titina, Asmad, Kasmawati, Hazian, Akhtar dan  Nik Nor sahaja yang pasti pergi. Ke mana halatuju kami? Bagiku senang saja. Cari tempat yang senang kita makan, relaks dan aman.......BANDUNG, Indonesia! Semua melompat setuju. Alhamdulillah. Kesemua pergi bersama pasangan kecuali Nik Nor yang meninggalkan suaminya Azman Alwy untuk menemankan Titina nanti. Hebat sungguh persahabatan ini, rela berkorban apa saja untuk menggembirakan sahabat.



Boarding time!
Maka aku tolonglah uruskan tiket. Carilah tiket penerbangan yang paling murah dan mengikut masa yang terbaik. Akhirnya terpilihlah Lion Air  dengan harga tiket termurah dipasaran dan masa penerbangannya awal pagi ke Jakarta....7.50 pagi.  Dengan memilih penerbangan seawal ini, kami punya banyak masa untuk  melawat kota Jakarta dahulu. Aku bercadang membawa mereka berbelanja kain ela di Pasar Mayestic. Seterusnya ke Bandung. Kenderaan dan pemandu untuk membawa kami semua pusing keliling, sudah pun ditempah . Bas atau coaster yang mempunyai  16 kerusi bagi membawa kami seramai 13  orang.





Wajah ceria jutawan segera.
Perjalanan ke kota Bandung dari kota Jakarta biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit hingga ke 3 jam sahaja. Tetapi jika ada kesesakan lalu lintas boleh mengambil masa 7 hingga 11 jam perjalanan! Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan kenderaan sangat selesa.












Welcome to Bandara  Soekarno Hatta