Penonton yang hadir boleh dikatakan seramai 80,000 orang! Penuh setiap tempat duduk dan setiap lapisan tingkatnya. Masing-masing datang dengan berpakaian pasukan pilihan mereka. Yang seronoknya, majority (90%) penonton adalah orang Malaysia! Tapi itulah kenyataannya. Ada yang mengenakan headgear seperti tanduk merah lambang Red Devil untuk MU dan ada yang mengikiat kepala seperti dastar bertuliskan MALAYSIA.....Wah! meriah sekali suasana.
Pasukan negar bermain bersungguh-sungguh menentang MU yang ternyata jauh lebih hebat dari segi tubuh badan mereka. Bandingkan mereka seolah-olah orang dewasa melawan budah sekolah! Tetapi jangan dipandang hina pasukan negara. Kesungguhan mereka bermain ternyata membuahkan hasil dengan tembusnya 2 gol dalam gawang lawan. Walaupuin pasukan kita kalah 3-2 tapi kita berpuashati dengan performance mereka. They never give up. They fight until the end. Semangat ini yang dah lama hilang dan berjaya dikembalikan lately. ...syabas.
Malam ni, pasukan negara berpeluang bertemu MU sekali lagi. Rezeki yang datang akibat dari kekecohan yang berlaku di Indonesia menyebabkan kita berpeluang menyaksikan perlawan kedua dengan MU. Bukan senang nak dapat peluang seperti ini. Kali ini aku berpeluang menyaksikan perlawanan secara live di Stadium Bukit Jalil. Bukan setakat aku suami isteri, anak, menantu, besan dan cucu pun pergi sekali!!! Walaupun kalah 2-0, kami tetap berpuas hati dengan kesungguhan yang tunjukkan oleh pasukan negara. Lain perasaan rupanya bila berada di stadium! Bergema bunyi sorakan penonton dan pelbagai reaksi penonton yang dapat kita lihat di sana! Seronok tapi panasnya usahlah ditanya..... Berpeluh badan dibuatnya tapi tetap seronok dan berpuas hati.
Di sini, ingin aku nyatakan bahawa walaupun kita kalah tapi MU tidak menang dengan