Allahyarham Kamaruzzaman bin Mohd Yunos |
Abang Man ialah seorang insan istimewa. Dia lucu. Suka mengusik dan berjenaka. Kalau kita dengar dia ketawa, tak perlu tahu kenapa....kita pun turut sama ketawa. Unik orangnya.
Abang Man tidak habiskan persekolahannya. Dia sangat berfikiran praktikal. Baginya, sekolah hanya membuang waktu......baiklah pergi kerja di ladang kelapa sawit....dapat duit! Namun begitu, Abang Man ada daya tarikan dia tersendiri.... dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik kerana rumah kami di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit TDMB dan kebanyakan pengurusnya adalah Orang Putih. Jadi kami ke sekolah dan berkawan serta bermain dengan anak-anak mereka. Dari situlah kami belajar bertutur dengan lancar dalam bahasa itu! Sehingga kini kami masih lagi berhubung dengan kawan sepermainan kami di London. sekarang semua dah tua......Abang buktikan pilihannya tidak salah.
Abang Man bukan orang senang tapi dia tidak pernah menyusahkan. Hidupnya cukup-cukup ada sahaja tetapi dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Bukan jenis yang meratap diri atau mengutuk diri. Dia bekerja hinggalah dipenghujung hidupnya. Pokok pangkalnya, apa saja yang boleh memberi pendapatan, dia usahakan.
Abang pergi meninggalkan kami semua. Walau jarang dapat berjumpa, namun kami berhubungan dengan cara alam maya. Facebook dan sebagainya. Dalam catatan akhir-akhir ini, Abang Man lebih banyak mengongsi tentang bab agama. Kami difahamkan oleh Kak Ita bahawa sejak berhenti berkelana mencari rezeki di negeri orang, Abang Man banyak habiskan masanya mengisi dada dengan ilmu agama. Alhamdulillah. Pemergiannya menyebabkan kami semua sedih tetapi tenang. Abang pergi dimalam dan bulan terbaik yang menjadi idaman semua orang. Perginya Abang diringkan doa dan khatam Quran oleh sahabat-sahabatku yang langsung tidak pernah mengenalinya.
Foto terakhirnya yang kumuatkan dalam FB aku telah diedar oleh sahabat-sahabat dan ada yang sebak dan menitikkan airmata dan didoakannya sekali. Apakah amalan Abang Man semasa hidup hingga darjatnya diangkat sebegitu? Bertapa beruntungnya dia. Aku amat mencemburuinya.
Cuaca yang teduh dan tiada sinar matahari serta berangin mengiringi pemergian Abang Man. Aku, Kak Chah dan Kak Nong hanya dapat melihat proses pengkebumiannya melalui Watsapp Video Call. Faktur usia kami menyebabkan kami tidak dapat ke sana. Kami terpaksa akur dengan MCO. Lagipun, bukan mudah untuk mendapat permit perjalanan merentas negeri. banyak kerjanya. Kalau seorang mungkin boleh dikuatkan tetapi kami bertiga dan semua perempuan pulak tu. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi. Semoga roh Abang Man dhimpunkan bersama para solihin.
Kepada keluarga arwah, khasnya Kak Ita, terima kasih kami ucapkan kerana memberi kebahagiaan kepada Abang Man walaupun dalam keadaan akak yang tidak sihat. Semoga Allah membalas Syurga untuk akak. Semoga Kak Ita dan anak-anak redho dan sabar dengan ketentuan Allah ini.
Menjadi Chef di Tukiministan, Russia. |