Wednesday, August 21, 2013

Perempuan tua ini....

Mak Una...... Putik ( Bongsu )

Satu masa dulu 
di sebuah kampung kecil 
nun jauh di seberang
tiga bersaudara dibesarkan
seorang lelaki dua perempuan
Abang, Angah dan Putik
Bila cukup dewasa
belasan sudah mencecah usia
anak muda meninggalkan kampung
tinggallah si dara berdua menjaga orang tua
bertahun merantau tanpa berita
bertahun berpisah tanpa sepatah kata
ketiga beradik membina keluarga
namun ditiga destinasi yang berbeda
bila sudah bertambah usia
rindu rasa  pada saudara
namun
 ke mana hendak berjumpa?
berpuluh tahun lamanya tidak bersua
seorang di Ulu Bernam
seorang di Gambang
seorang setia di kampung kelahiran
tapi...percayalah
setiap usaha pasti membuahkan hasil
abang berjaya menjejaki adik terkecil
lidah kelu untuk berkata
saling berpelukan erat
airmata jatuh bercucuran
masing-masing melepaskan rindu
berjanji tidak mahu berpisah lagi
bila ketiga mereka bertambah usia
seorang demi seorang kembali dijemput Illahi
mula-mula Abang dan diikuti oleh Angah.....
tinggallah Mak Una, si bongsu sendirian
mengharungi hidup bersama anak dan cucu
kini perempuan tua ini semakin uzur
ingatannya semakin lemah
pergerakannya terbatas
nasibnya baik anak-anak berdekatan
kesemuanya berada di negeri Pahang
kini giliran semua sepupu-sepupu
mengeratkan tali persaudaraan
saling berhubung 
 saling berkunjung
warisan tiga saudara kembali erat
semoga usaha mendapat berkat
Arwah Mohd Yusof bin Mohd Ali......Abang sulong Mak Una.

Mak Una dijaga dan dirawat oleh anak-anak.....
 Kak Ngah, Kak Shah, Kak Mi , Kak Mah dan Yam.
Diziarah oleh anak-anak saudara..... Shamsiah, Ibrahim, Anuar dan Rohani.